Biodata Viktor Axelsen

Biodata Viktor Axelsen

Biodata Viktor Axelsen


Viktor Axelsen merupakan salah seorang atlet dalam sukan badminton yang berasal dari benua eropah (Denmark). Beliau berkecimpung dalam area sukan badminton sejak di usia remaja bangku sekolah. 

Kelincahan dan ketinggiannya adalah satu kelebihan baginya mengawal keluasan gelanggang dan mampu berjuang di gelanggang dengan lebih mantap.

Pelbagai anugerah telah dimenanginya sepanjang beliau berkecimpung dalam permainan sukan badminton.

Beliau pernah memenangi Kejohanan Junior Dunia 2010 dengan mengalahkan wakil Korea, Kang Ji-wok dan menjadi pemain Eropah pertama memenangi gelaran itu

Beliau juga merupakan pemain berprestij dunia dan sering mewakli negara dalam pelbagai kejohanan peringkat antarabangsa.



Maklumat diri

Nama penuh: 

  • Viktor Axelsen 
Nama panggilan:
  • Axelsen

Tarikh lahir:

  • 04 Januari 1994

Umur pada tahun 2022

  • 28 tahun

Tempat lahir:

  • Odense

Negara asal: 

  • Denmark

Ketinggian:

  • 1.95 m



sumber: wikipedia

Biodata Viktor Axelsen


2010

Pada Oktober 2010 beliau memasuki BWF Super Series dalam acara perseorangan lelaki. Beliau menyertai Super Series Denmark 2010 dengan mengalahkan pemain dari Perancis dan ketika pusingan kedua, beliau bertemu dengan rakan senegaranya, Jan Ø. Jørgensen tetapi tewas dalam dua set.


2011

Axelsen memenangi Kejohanan Junior Eropah, dengan mengalahkan rakan sepasukan Rasmus Fladberg 21-8 17-21 21-13 ketika perlawanan akhir.


2012

Viktor Axelsen hanya sekadar naib juara ketika The Yonex IFB di Paris, tewas kepada Liew Daren 21-18 21-17.


2014

Axelsen memenangi Terbuka Switzerland ketika awal tahun 2014 dan mendapat pingat gangsa ketika bertemu dengan Lee Chong Wei pada separuh akhir ketika Kejohanan Dunia BWF 2014.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia