Biodata Yasin Sulaiman

Biodata Yasin Sulaiman

Biodata Yasin Bin Sulaiman

En. Yasin merupakan salah seorang anak seni tempatan berdarah kacukan melayu dan australia. Beliau memiliki alunan suara yang merdu serta syadu apabila menyayikan lagu - lagu nasyid khususnya.

Penampilan persembahan di atas pentas yang sentiasa bersederhana, membuatkan ramai peminat yang mengikuti gayanya, serta mendendangkan lagu - lagunya suatu ketika dahulu hingga kini. Rentak lagu yang bersifat sentemental sangat mudah di nyayikan untuk hiburan penenang hati, atau berkaraoke bersama keluarga atau rakan - rakan.



Maklumat Diri

Nama penuh:
  • En. Mohamad Yasin Bin Sulaiman
Panggilan:
  • Yasin Brothers
Tarikh lahir:
  • 30 Oktober 1975
Umur pada tahun 2022:
  • 47 tahun
Negeri kelahiran:
  • Kuala Lumpur, Malaysia
Pekerjaan:
  • Penyanyi, pencipta lagu, penerbit, komposer
Tahun mendirikan rumah tangga:
  • 2005
Nama pasangan hidup:
  • Pn. Sharifah Eena (Houzyama Syed Hassan)
Bilangan anak:
  • Dua orang


Biodata Yasin Sulaiman




Anugerah Dimenangi

Anugerah pertama:
  • Terpilih sebagai juara Keseluruhan – Anugerah Juara Lagu 2001 – “Mimpi Laila”
Anugerah kedua:
  • Menyandang juara Kategori Irama Malaysia – Anugerah Juara Lagu 2001 – “Mimpi Laila”
Anugerah ketiga:
  • Memenangi Album Pop Etnik Terbaik – Anugerah Industri Muzik Malaysia ke 10 – “Salsabila”
Anugerah keempat:
  • Menyandang juara Kategori Irama Malaysia – Anugerah Juara Lagu 2003 – “Wassini” (Waheeda)
Anugerah kelima
  • Penerima naib Juara Lagu Terbaik – Anugerah Hits 1 2004 – “Lagu Rindu” (Siti Nurhaliza)
Anugerah keenam
  • Pemenang Lagu Paling Popular – Anugerah Planet Muzik 2004 – “Lagu Rindu” (Siti Nurhaliza)
Anugerah ketujuh
  • Memenangi (Finalis) Penyanyi Lelaki Popular (ABPBH) – Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2001 dan 2003




Kerjaya/ Pekerjaan

  • Pertama
Penyanyi bersama kumpulan brothers

Beliau merupakan salah seorang ahli terawal kumpulan Brothers sewaktu penubuhannya pada 1995 dan sempat menerbitkan dua album bersama kumpulan ini – We Are… (1997) dan Satu Perjuangan (1998). Yasin meninggalkan Brothers pada 2000 untuk meneruskan kerjaya muziknya secara solo dan tempatnya digantikan oleh Akbar Azmi. Yasin kembali ke pangkuan Brothers pada 2005 menerusi album Brothers Reunited. Pada 2015, kumpulan ini muncul dengan album terbaru, Sabar yang merupakan album keempat Yasin bersama Brothers[3] dan yang terakhir bagi salah seorang ahli kumpulan ini, Salleh Deril sebelum kematiannya pada Oktober 2016 akibat serangan jantung, meninggalkan Yasin dan dua ahli Brothers yang lain.


  • Kedua
Penyanyi solo

Yasin memulakan kerjaya muziknya secara solo pada 2001 dan seterusnya muncul dengan album Mimpi Laila yang mempertaruhkan single pertamanya dengan judul sama. Kejayan ini diikuti oleh album solo keduanya, Salsabila (2004) dan Arus Qudus (2007) dan singlenya seperti "Aisyah" dan "Kerna Dia".



Pada Ogos 2016, beliau muncul dengan single terbarunya "Muzik" yang mendapat sentuhan gitar oleh sahabat rapat beliau iaitu penyanyi Faizal Tahir. Lagu ini boleh didapati di kesemua platform digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Raku, Joox dan juga Apple Music bermula 5 Ogos 2016. sumber: wikipedia


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Biodata Mohd Khairul Rizal Shukor, Juritera