Cara Angkat Tangan Bila Berdoa

Cara Angkat Tangan Bila Berdoa

Doa adalah satu perbuatan yang di niatkan dalam hati dan di ungkapkan melalui lisan iaitu pancaindera mulut, dengan menada tangan tanda memohon dan meminta sesuatu daripada Allah SWT. 

Doa boleh di lafazkan menggunakan bahasa yang diketahui, namun paling afdalnya adalah menggunakan bahasa arab. Kandungan doa adalah bergantung kepada apa yang di niatkan dalam hati.


Cara angkat tangan bila berdoa adalah satu isu yang sering menjadi bualan, adakah perlu atau tidak.


Berdasarkan pada flayer pustaka bushra mencatatkan bahawa cara memgangkat tangan ketika berdoa, antaranya:

  • Apabila memohon sesuatu hajat (umum)
Kedua - dua tangan sejajar bahu, tapak tangan le arah langit dan belakang tapak tangan ke arah tanah.

  • Ketika dalam solat witir, solat istisqa, ketika berdoa pada waktu melaksanakan manasik - manasik haji
Hadapkan kedua - dua telapak tangan ke arah wajah, belakang tapak tangan menghadap ke arah kiblat.

  • Pada saat benar - benar merendahkan diri pada Allah SWT untuk meminta sesuatu dalam keadaan sangat mendesak (masa bencana, diserang musuh, ada musibah atau selainnya)

Dengan menadah dan mengangkat seluruh tangan ke langit sehingga dapat dilihat ketiaknya.



Cara Angkat Tangan Bila Berdoa


Dalam pada itu, menurut nukeufo89, kandungannya kenapa perlu angkat tangan? Kerana ada doa dan tempat yang khusus untuk kita mengangkat tangan. Ada pun tempat-tempat yang warid daripada Nabi S.A.W seperti doa sebelum tidur, doa menaiki kenderaan, doa adab sebelum melakukan sesuatu dan seumpamanya, maka kita tidak perlu mengangkat tangan kerana kita mengikuti sunnah Nabi S.A.W untuk tidak mengangkat tangan pada waktu-waktu doa tertentu. Manakala kita mengangkat tangan ketika hendak berdoa pada doa khusus dan juga berada di tempat khusus.


Kesimpulannya, bukannya hendak menyuruh kita untuk tidak berdoa, tetapi hendak permudahkan kita berdoa mengikut situasi dan keadaan tertentu dengan tidak perlu mengangkat tangan. Doa yang perlu angkat tangan pula adalah dengan membabitkan doa-doa khusus dan juga yang membabitkan kaitan diri kita yang khusus tetapi bukan wirid-wirid umum yang kita selalu baca.


Jenis - jenis doa yang sentiasa di baca.

  • Doa berbuka puasa
  • Doa makan dan minum
  • Doa selamat
  • Doa iftitah
  • Doa selepas menunaikan solat
  • Doa masuk dan keluar tandas
  • Doa bila menaiki kenderaan
  • Doa di jauhkan bala bencana
  • Doa masuk dan keluar rumah
  • Doa belajar
  • Doa dipermudahkan urusan
  • Doa selepas mendengar azan
  • Doa iktikaf di Masjid


Doa selepas menunaikan solat



Terjemahan.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia pesuruhNya serta ke atas keluarga dan sekalian sahabatnya.

Ya Allah, hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama iman. Ya Allah ampunkanlah segala dosa kami dan dosa kedua ibubapa kami. Kasihanilah kedua ibubapa kami sebagaimana mereka mengasihani kami semasa kami masih kecil.

Ya Allah, akhirilah usia kami dengan kesudahan yang baik dan jangan Engkau akhiri usia kami dengan kesudahan yang buruk. Ya Allah, janganlah engkau pesongkan iman kami setelah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahkanlah kami rahmatmu kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan di akhirat. Peliharalah kami dari azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda.

Segala puji itu adalah bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan