Cara Latih Anak Agar Suka Solat

Cara Latih Anak Agar Suka Solat

Solat adalah tiang agama, dan ia juga perkara wajib dilakukan oleh umat islam di muka bumi ini.

Oleh itu, pendidikan agama khususnya solat kepada anak adalah sangat penting sejak di usia kecil, ibaratnya lenturlsh buluh dari rebungnya.


Definisi Solat Juga Berdasarkan Pada  solatqolbu Boleh Dirungkai Seperti Dibawah.

Solat berasal dari bahasa Arab As-Sholah Solat (صلاة‎) merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam.


Definisi (Ta'rif / Pengertian) Solat

Solat secara bahasa (etimologi) bererti doa, manakala dari segi istilah / Syari 'ah (Terminologi), solat adalah ibadat yang terdiri daripada perkataan dan perbuatan tertentu / khusus yang dibuka / dimulai dengan takbir Allahu Akbar (takbiratul ihram) diakhiri / ditutup dengan salam (Assalamualaikum).

Solat merupakan rukun perbuatan yang paling penting di antara rukun Islam yang lain sebab ia mempunyai pengaruh yang baik bagi kedudukan akhlaq manusia. Solat fardhu didirikan sebanyak lima kali setiap hari, melaluinya akan diperolehi kesan / pengaruh yang baik bagi manusia dalam sesebuah masyarakatnya yang menyuburkan rasa persaudaraan dan kecintaan di antara kaum muslimin ketika berkumpul untuk menunaikan ibadah yang satu di salah sebuah dari sekian rumah milik Allah subhanahu wa ta 'ala (masjid).

Solat terbahagi kepada solat fardhu dan solat sunat. Solat fardhu diwajibkan ke atas orang Islam yang baligh dan berakal sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardhu merupakan Rukun Islam yang ke-2 dari lima Rukun Islam.



Cara Latih Anak Agar Suka Solat



Cara latih anak agar suka solat memang mencabar. Tahulah kan gelagat si anak kecil, adakalnya mengeramkan dan terpaksa bersabar dengan segala karenanya. Berikut adalah beberapa cara yang boleh di lakukan, antaranya:
  • Luahkan kata - kata yang indah apabila berbicara dengan anak
Pertuturan dengan anak bukan sahaja mengeratkan ikatan kekeluargaan, malahan si anak akan mengikut apa yang di ungkapkan oleh orang tua. Oleh itu, luahkan kata - kata indah seperti jom solat ramai - ramai. Ceritakan pada anak apakah istimewa bila solat, dan lain - lain lagi. Tahukah kita, minta anak cepat menangkap dan melakukan apa yang di katakan oleh orang tua atau dewasa darinya.
  • Belikan buku - buku yang menjurus kepada keagamaan dan mendirikan solat
Buku juga adalah saluran penting dan membantu anak - anak untuk minat membaca, apatalagi buku yang bercorakkan warna warni, ia mampu menarik minat anak untuk memahaminya serta mempelajarinya.
  • Bawa sentiasa ke Masjid untuk solat berjemaah
Cara seterusnya adalah membawa anak - anak selalu ke Masjid atau surau untuk solat secara berjemaah. Anak akan terdedah dengan persekitaran luar dan situasi sebenar solat bersama orang lain. Dalam pada itu, anak akan dapat memahami dan mengetahui awal situasi sedemikian dan seterusnya akan mengamalkannya apabila sudah dewasa.
  • Pasangkan permainan berbentuk agama khusunya solay di televisyen atau telefon pintar anak
Dunia digital adalah peranti paling pantas mempengaruhi anak - anak terhadap isi semasa, khususnya permainan game. Oleh itu pengawalan adalah sangat penting agar si anak tidak terpesong dari landasan pengetahuan agama, khususnya solat di usia yang kecil.
  • Minta anak selalu laungkan azan dan iqamah 
Solat berjemaah di rumah adalah tindakan harmoni dan mengutuhkan lagi ikatan kekeluargaan. Justeru itu, ajarkan anak agar sentiasa melaungkan azan dan iqomah semasa menunaikan solat berjemaah di rumah.





Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan