Cara Pemanduan Bijak Dijalan Raya

Cara Pemanduan Bijak Dijalan Raya

Pemanduan kenderaan di jalan raya bukanlah mudah seperti yang di sangka oleh segenap masyarakat. Ia amatlah sukar, lebih - lebih lagi kepada kaum wanita, ini kerana dijalan raya, pemandu akan berdepan dengan pemandu lain yang mempunyai pelbagai karena.

Dalam pada itu juga, jalan raya yang sehala pasti mengundang risiko yang besar kerana jalannya yang kecil dan hanya dipisahkan dengan garisan putih. Sebarang kecuaian tanpan diduga boleh menyebabkan perlangaran dengan kenderaan lain di hadapan.


Cara Pemanduan Bijak
Dijalan Raya



Justeru daripada itu, mari kita pelajari bersama cara pemanduan bijak apabila memandu di jalan raya atau lebuh raya, antaranya;

  • Patuhi peraturan - peraturan jalan raya
Kursus pemanduan yang diperolehi melalui teori dan praktikal perlulah di adaptasikan semasa memandu dijalan raya. Pematuhan arahan - arahan lalulintas yang siap sedia dipasang di setiap jalan seperti had kelajuan, laluan dilarang memotong dan lain - lain lagi membantu kepada ketidak berlakunya kemalangan jalan raya.

  • Cara pemanduan yang positif
Sifat pemanduan yang bijaksana perlulah ada dalam diri dengan tidak bersifat mementingkan diri tanpa menghiraukan pemandu lain. Cara pemanduan seperti mengikut lorong kiri jika tidak memotong, menggunakan atau menghidupkan signal lebih awal sebelum membelok ke kiri atau kanan. Dalam masa sama, adalah perlu melihat cermin sisi sebelum membelok bagi mengelakkan adanya kenderaan kecil, khususnya motosikal yang menyisip di tepi - tepi. Di samping itu, sentiasa bersifat positif semasa dijalan raya, seperti bertoleransi, sabar dan lain - lain lagi.

  • Memakai tali pinggang semasa memandu
Pemakaian tali pinggang dan memeriksa tahap kenampakan cermin sisi dan belakang sebwlum memandu adalah perlu dilakukan. Ia sangat perlu, bagi memudahkan penglihatan kepada kemderaan lain. Dalam masa sama, ia juga membuatkan rasa selesa semasa memandu kerana objek yang lain dapat dicapai dengan mudah menerusi pencaindera mata.

Cara Pemanduan Bijak Dijalan Raya

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian