Solat adalah rukun islam dan wajid dikerjakan oleh muslimin dan muslimat dimuka bumi ini. Ia juga adalah tiang agama dan panduan kepada kehidupan. Solat terbahagi kepada dua iaitu, solat fardhu dan solat sunat. Solat fardhu merangkumi (solat fardhu subuh, zohor, asar, magrib dan isyak), manakala solat sunnat antaranya adalah solat sunat tarawih, solat sunat aidilfitri, solat sunat tahiyatul masjid dan yang lainya.
Difinisi Tarawih
Tarawih berasal daripada perkataan ( تَرْوِيحَة ) yang bermaksud berehat. Dinamakan solat Tarawih kerana orang yang mendirikan solat tarawih ini akan mengambil masa sekejap untuk berehat setelah selesai empat rakaat, sebelum meneruskan rakaat seterusnya. Dalam erti kata lainnya , solat tarawih dilaksanakan secara berselang-seli dengan ‘berehat seketika’.
Menurut riwayat Al-Syarbini dalam kitabnya al-Iqna’:
“Dan setiap empat rakaat dinamakan tarwihah ( تَرْوِيحَة ) kerana mereka berehat selepasnya”
Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa tarawih ini berasal daripada perkataan murawahah ( مُرَاوَحَة ) yang bermaksud berulang-ulang dalam perbuatan.
Tujuan berhenti sekejap adalah untuk merehatkan anggota badan, khususnya kepada warga yang tidak berkemampuan (golongan berusia), serta nikmat mensyukuri serta mendalami solat tarawih di bulan Ramadan.
Hukum Mengerjakan Solat Sunat Tarawih
Solat Sunat Tarawih adalah solat sunat muakkad yang sangat dituntut dalam Islam dan ia hanya dilakukan pada bulan Ramadan sahaja.
Rasulullah SAW sangat menggalakkan para sahabat dan umatnya untuk mengerjakan solat pada malam bulan Ramadan.
Riwayat Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesiapa yang melakukan solat malam (Tarawih) pada Ramadan kerana keimanan dan mengharapkan keredhaan dan keampunan Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang lalu
Hadis riwayat Muslim
Solat sunat terawih adalah satu ibadah qiamullai yang sangat digalakkan pada bulan Ramadan sehingga nabi menggelarkan ia “qiam ramadan”.
Waktu Solat Sunat Tarawih
Solat sunat terawih dilakukan selepas selesai solat sunat Ba’diyyah Isyak sehinggalah terbit fajar. Solat ini hendaklah dilakukan dengan dua rakaat dan diikuti dengan satu salam.
Menurut, Dr. Wahbah Al-Zuhaily dalam al-Fiqh al-Islamiy wa Adillatuhu menyatakan makruh rakaat-rakaat Tarawih ini diselangi dengan solat sunat lain melainkan tawaf sunat.
Solat sunat tarawih boleh dilakukan di Masjid atau Surau atau dirumah, semaada bersendirian atau lebih afdalnya adalah berjamaah kerana akan mendapat ganjaran pahala berlipat ganda.
Jumlah rakaat solat sunat tarawih
Terdapat beberapa pendapat yang berbeza dari segi jumlah rakaat solat Tarawih yang dikerjakan di bulan ramadan, sebagaimana berikut yang dinyatakan berikut;
- solat sunat tarawih 8 Rakaat
- solat sunat tarawih 20 Rakaat
- solat sunat tarawih 36 Rakaat
Rasulullah SAW tidak pernah menetapkan jumlah rakaat yang khusus dan perlu dilakukan apabila menunaikan solat sunat tarawih. Solat Sunat Terawih ialah ibadat tambahan yang dilakukan dalam keadaan tenang, keikhlasan, khusyuk dan mengikut kemampuan. Oleh itu, terdapat pilihan samaada mengerjakan secara rakaat minimum iaitu lapan (8) atau lebih. Selepas selesai, solat sunat terawih, ia akan diakhiri dengan Solat Witir sebanyak tiga (3) rakaat.
Berikut adalah lafaz niat solat sunat tarawih, jika dilakukan secara bersendirian, berjamaah (menjadi makmum) dan berjamaah (menjadi imam)
- Niat Solat Terawih, Jika Solat Bersendirian
Lafaz niat solat:
Usolli Sunnatat Tarawih Rak’ ataini Lilla.hi Titaala
Maksudnya:
Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Taala.
- Niat Solat Terawih, Jika Solat Berjemaah (Sebagai Makmum)
Lafaz niat solat:
Usolli Sunnatat Tarawih Rak’ ataini Makmuman Lilla.hi Titaala
Maksudnya:
Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.
- Niat Solat Terawih, Jika Solat Berjemaah (Sebagai Imam)
Lafaz niat solat:
Usolli Sunnatat Tarawih Rak’ ataini Imaman Lilla.hi Titaala
Maksudnya:
Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat sebagai imam kerana Allah Taala.
Perlu tahu, setelah selesai salam dan bangun semula untuk solat baharu, niat solat sunat tarawih ini perlu dilafazkan setiap kali apabila hendak memulakan atau mendirikan solat dan takbir.
Surah yang selalunya di baca adalah surah – surah lazim. Ia bukan sahaja ringkas namun memudahkan pembacaan kerana solat terawih ini dilakukan dengan rakaan yang banyak.
Sebelum memulakan solat sunat tarawih, pastikan diri masih dalam keadaan wuduk, iaitu bersih dari segala kekotoran atau bendasing.Hal ini kerana, jika mendirikan solat secara berjamaah di Masjid atau Surau, kebiasaanya solat sunat tarawih akan dimulakan setelah selesai solat sunat baqdiatan isyak. Oleh itu jika was – was, adalah amat elok untuk mengambil wuduk terlebih dahulu.
CARA MENGERJAKAN SOLAT SUNAT TARAWIH
Rakaat Pertama Solat Sunat Tarawih
- Langkah pertama.
Mulakan solat dengan mengangkat takbiratul ihram, seperti pada lafaz niat di atas.
Semasa mengangkat takbir, bacakan niat Solat Tarawih dalam hati:
Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Taala.
- Langkah kedua
Selesai mengangkat takbiratul ihram, pastikan tangan bergeggam dengan memegang pergelangan siku dan meletakkannya di atas perut (antara dada dan pusat.
Hukum membaca Iftitah adalah sunat hai’ah. Solat tetap sah jika doa ini ditinggalkan. Tetapi lagi bagus jika dibaca, kerana akan mendapat pahala.
Bacaan doa iftitah;
Bacaan Doa Iftitah dalam bahasa latin.
Allaahu Akbaru Kabiiraa-walhamdu Lillaahi Katsiiran, Wa Subhaanallaahi Bukrataw-wa’ashiila.
Wajjahtu Wajhiya Lilladzii Fatharas-samaawaati Wal Ardha Haniifam-muslimaw-wamaa Anaa Minal Musyrikiina.
Inna Solaatii Wa Nusukii Wa Mahyaaya Wa Mamaatii Lillaahi Rabbil ‘Aalamiina.
Laa Syariikalahu Wa Bidzaalika Umirtu Wa Ana Minal Muslimiin
- Langkah ketiga
Baca Surah al-Fatihah. Surah ini adalah wajib dibacakan dalam semua solat.
Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
- Langkah keempat
Bacalah mana – mana surah lazim yang diketahui dan dihafal. Walaupun tidak ada surah – surah yang khusus ditetapkan, namun antaranya surah yang dicadangkan pada rakaat pertama adalah al-A’la:
- Langkah kelima
Apabila selesai membaca surah lazim, maka teruskan dengan rukuk
Bacaan tasbih semasa rukuk adalah:
Subhaa na rabbiyal a’zim wabihamdih
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifatNya yang terpuji
Setelah selesai rukuk, bangun semula dengan sambil melafazkan ayat dibawah dan berdiri tegak, sebelum sujud
Bacaan Dalam Solat Ketika Iktidal (Bangun Dari Rukuk)
Sami Allahu liman hamidah. Rabbana lakal hamdh
Maksudnya:
Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.
Setelah itu, teruskan untuk sujud dan melafazkan tasbih pada ayat di bawah sebanyak 3 kali
Bacaan tasbih semasa sujud adalah:
Subhana rabbiyal a’la wabihamdih
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.
Setelah selesai sujud, maka bangun semula sambil melafazkan laungan Allahu Akbar, dan berdiri tegak untuk memulakan rakaat seterusnya, iaitu rakaat kedua.
Rakaat Kedua Solat Sunat Tarawih
- Langkah pertama
Rakaat kedua dimulai dengan lafaz takbir intiqalat
(takbir intiqalah bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).
- Langkah kedua
Baca surah al-Fatihah.
Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.
Bacaan Dalam Bahasa Latin, Surah al-Fatihah
Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
Seterusnya membaca al-Ikhlas
Selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula Surah al-Ikhlas
Qul huwallahu ahad. Allahus-samad. Lam yalid wa lam yuulad. Wa lam yakul lahuu kufuwan ahad.
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.”
Surah dibaca selepas surah Al-Fatihah, boleh juga surah – surah lazim yang lain selain daripada cadangan surah Al-Ikhlas di atas.
- Langkah ketiga
Setelah selesai membaca surah Al-Ikhlas, teruskan untuk rukuk dan sujud.
Lakukanlah rukuk dan sujud seperti biasa (seperti yang diterangkan pada rakaat pertama)
- Langkah empat
Bangun dari sujud, terus lakukan duduk tahiyyat akhir sehinggalah selesai rakaat kedua.
Bacaan Tahiyat Akhir adalah seperti mana di bawah:
Bacan dalam bahasa latin.
Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah.Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh.Assalamu’alaina wa’la ‘ibadillahis salihin.Asyahadu anlaa illaha illallah.Wa’asyhadu anna Muhammadar Rasulullah.Allahumma solli’ala Muhammad wa’ala ali Muhammad.Kama sollaita’ala Ibrahim wa’ala ali Ibrahim.Wabarik ‘ala Muhammad wa’ala ali Muhammad.Kama barakta ‘ala Ibrahim wa’ala ali Ibrahim fil ‘alamin innaka hamidummajid.
Maksudnya:
Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi.
Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah.
Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad.
Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad.
Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.
- Langkah kelima
Setelah selesai membaca tahiyat akhir, solat diakhiri dengan memberi salam untuk dua rakaat pertama.
Setelah selesai memberi salam, bolehlah terus bangun berdiri untuk melakukan rakaat yang seterusnya, atau
Membaca selawat taradhi terlebih dahulu jika solat berjemaah, sebelum mengerjakan rakaat seterusnya.
- Langkah keenam
Setelah selesai rakaat pertama dan kedua, untuk mengerjakan rakaat seterusnya, iaitu rakaat 3 dan 4, 5 dan 6, 7 dan 8 dan seterusnya, tatacara mengerjakannya adalah sama seperti cara mengerjakannya pada rakaat pertama dan kedua di setiap langkah yang telah dijelaskan diatas.
Selepas selesai 4 rakaat, disunatkan untuk membaca Doa Antara Tarawih sebelum melakukan mengerjakan 4 rakaat terakhir.
Jika anda solat tarawih 20 rakaat, doa ini dibacakan setiap kali selesai 4 rakaat.
Doa dibaca setelah selesai setiap rakaat ke empat tarawih.
Bacan dalam bahasa latin.
Allahumma inna nas aluka ridho ka wal jannah wa na u’zubika min saKhoTika wannar.
Allahumma innaka affuwwu karimun tuhibbul afwa fagfu anna wa an waa lidinaa wa an jami’il muslimina wal muslimat, birahmatika ya arhamarrohimin.
Wasollollah ‘ala sayyidina muhammadin wa ‘ala Alihi wasohbihi wabaroka wasallam
Maksudnya:
Dengan nama Tuhan, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, semoga kami mendapat keredhaanMu dan syurgaMu, dan kami berlindung kepadaMu dari murka dan api nerakaMu. Ya Allah, engkaulah maha pengampun yang murah hati, Maha Melindungi, jadi ampunkan kami, ibu bapa kami, dan semua muslimin dan muslimat, demi Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dari Allah kepada ketua kita Nabi Muhammad, keluarga, sahabat baginda, dan keberkatan dan kedamaiannya.
Semoga amalan solat yang dilakukan sentiasa mendapat keberkatan dan ganjaran pahala dari Allah SWT. Untuk itu selamat menunaikan solat sunat tarawih kepada seluruh umat manusia (muslimin muslimat) di muka bumi ini, walau dimana mereka berada. Aaminn.
0 Comments