Motosikal jenama yamaha LC135 keluaran tahun 2022, di jual pada harga jualan asas yang ditetapkan untuk model tersebut oleh pemiliknya.
Motosikal jenama yamaha, sememangnya sentiasa mendapat permintaan tinggi di pasaran dengan rekaannya yang mantap dan kualiti ketahananya.
Ciri - ciri motosikal yamaha LC135 v8:
- Enjin empat lejang 135cc, dipadankan transmisi empat kelajuan.
- Sistem klac separa automatik tanpa klac tangan masih lagi dikekalkan,
- Sistem suntikan bahan api (fuel injection) yang lebih moden berbanding sistem lama karburetor
tahap penggunaan bahan api akan menjadi lebih cekap, lebih bersih dan lebih menjimatkan.
- Sistem brek cakera pada bahagian roda belakang, bersama lengan ayun baharu.
- Lampu depan dan lampu belakang menggunakan LED dengan rekaan baharu pada model tersebut, hampir sama dengan lampu depan milik Yamaha Y15ZR dan lampu belakang Yamaha Y16ZR.
- Bahagian dada depan, ianya juga telah direka semula, yang turut meliputi gugusan lampu pada bahagian berkenaan.
- Bahagian ekor belakang pula masih mengekalkan gaya rekaan sebelumnya, namun lampu pemantul cahayanya kini telah direka semula lebih tinggi.
- Meter digital baharu LCD, besar kemungkinan ianya mirip milik model Yamaha Y15ZR.
- Jumlah kapasiti tangki bahan apinya yang lebih besar.
- Rim roda baharu enam bilah yang dipasangkan kelihatan begitu sporty sekali.
sumber: arenamotosikal
Lanjutan daripada itu, boleh lihat paparan video penuh tentang motosikal yamaha LC135 v8 di bawah:
sumber: huzairi halim
0 Comments