Talam dua muka adalah satu peribahasa yang di ibaratkan seperti sebuah peralatan atau pekakas iaitu talam yang mempunyai dua muka yang sama.
Peribahasa ini membawa erti kepada tabiat atau perilaku seseorang yang baik di depan mata, namun buruk apabila berada di belakang.
Bahaya kawan talam dua muka, kerana ia akan mencari dan mengambil peluang untuk menjatuhkan, memburuk - burukan tanpa pengetahuan diri sendiri. Lazimnya bila bersama suasana harmoni, puji - pujian sentiasa indah namun apabila berbelakang maka keluarla kata - kata negatif mencaci hina.
Sifat sedemikian sangat bahaya kerana bukan sahaja memburukkan keadaan, malahan adakalanya membawa kepada jenaya pembunuhan. Talam dua muka, adakalanya agresif apabila melihat orang yang di bencinya mempunyai kelebihan daripadanya.
Oleh yang demikian sebagai kesimpulannya hati - hati dalam berkawan atau bersahabat. Jangan anggap semua insan adalah baik mulia, ini kerana kurangnya kawalan kendiri, diri manusia setiap hari dan saat di hasut oleh syaitan dan iblis, baik di depan, belakang, tepi kiro dan juga kanan. Nescaya, sifat manusia sememangnya adalah lemah, dan hanya mereka sahaja yang berkemampuan menanganinga dengan baik dan bijaksana.
Ciri - ciri insan talam dua muka.
- Sentiasa memuji apabila berhadapan atau berbual sama, namun tindak balas (body language) adakalanya kelihatan negatif.
- Suka mengambil kesempatan dalam pujian sinis, berbentuk negatif apabila berada di khalayak ramai, atau sahabat ramai.
- Suka memburuk - burukkan dengan menceritakan kepada orang lain apabila berada di belakang.
- Lebih banyak berbicara, namun apabila bantuan secara fizikal diperlukan ada sahaja alasan di lontarkan
0 Comments