Definisi Dan Nikmat Wuduk

Definisi Dan Nikmat Wuduk

Wuduk adalah satu perbuatan yang dilakukan dengan mencucikan anggota badan terlibat menggunakan air bersih dengan tujuan bersih dan suci dari sebarang kekotoran atau najis sebelum melakukan ibadah solat. Ia boleh di lakukan di mana - mana sahaja dan samaada menggunakan air mutlak, iaitu air bersih dari paip, perigi, sungai, lait, air mata air dan yang lainnya.


Dalam pada itu, menurut kamus dewan bahasa dan pustaka, wuduk adalah perbuatan menyucikan diri dengan air (sebelum beribadah, spt bersembahyang): sudahkah engkau mengambil   2. air sembahyang; ada ~ ada air sembahyang atau berada dlm keadaan yg membolehkan seseorang beribadah, spt bersembahyang, membaca al-Quran, dll; berwuduk menyucikan diri (sebelum sem­bahyang), mengambil air sembahyang: tidak sah ~ kalau tidak disertakan niat; tawaduk.


Hadist riwayat muslim, barang siapa yang benci dari rumahnya menuju ke Masjid untuk menunaikan salah satu kewajiban - kewajiban yang Allah wajibkan, maka satu langkahnya akan menghapuskan dosa dan langkah yang lainnya akan mengangkat darjatnya.



Definisi Dan Nikmat Wuduk


Selain daripada itu, terdapat banyak nikmat berwuduk yang boleh di kecapi, antaranya adalah berikut:

- Mendapat ganjaran pahala lipat ganda daripada Allah SWT

- Diri secara automatiknya akan merasakan bersemangat untuk melakukan apa juga perkara, kerana bersih dan bebas daripada kekotoran

- Terhindar daripada melakukan sebarang kemaksiatan yang tidak baik dan membawa kepada kemudaratan

- Berkeyakinan tinggi untukelakukan ibadah solat serta membaca kitab suci Al - Quran samaada di rumah mahupun di Masjid / Surau

- Sentiasa menjaga diri daripada perkara - perkara membatalkan wuduk baik melalui perbuatan ataupun lisan


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian