Doa malam nisfu syaban untuk amalan bersama
Kemuliaan di makan nisfu syaban antaranya berikut:
- Diturunkan keampunan
Nabi Muhammad SAW bersabda: sesungguhnya Allah SWT memandang hambanya pada malam nisfu syaban dan mengampuni mereka kecuali yang musyrik dan pendendam. (Hadist shahih riwayat ibnu majah)
- Doa dikabulkan
Imam syafi'i mengatakan bahawa, saya pernah mendengar khabar bahawa Nabi Muhammad SAW mengatakan lima malam doa tidak di tolak Allah SWT iaitu di malam 1 Rajab, malam Nisfu Syaban, malam Idul Fitri, malam Idul Adha dan malam Jumaat.
- Malam penetapan nasib manusia dalam lauhul mahfudz
Ketika Nabi Muhammad SAW membacakan firman Allah SWT di surah area'du ayat 39, Allah SWT menghapuskan catatan nasib manusia dan menetapkannya, sebab dialah pemilik buku induk kehidupan (lauhul mahfudz). Nabi mengatakan itu pada malam nisfu syaban.
sumber: laman muka buku, milik ustazah halimah alaydrus Doa Malam Nisfu Syaban |
Amalan - amalan yang boleh dilakukan di malam nisfu syaban dan mendapat ganjaran pahala serta kebaikan, antaranya:
Membaca surah yassin sebanyak 3 kali dengan niat yang khusus, iaitu
Yassin pertama
- Niat agar di panjangkan umur dalam taat.
Yassin kedua
- Niat agar dikurniakan rezeki zahir dan batin yang halal serta berkat.
Yassin ketiga
- Niat agar dihadiakan kematian dalam husnul khotimah dan kebahagian di dunia hingga akhirat.
Hari ini dan malam ini adalah, malam nisfu syaban dan malam Jumaat. Maka marilah berdoalah dengan sebaik - baik doa, semoga mendapat keberkatan Allah SWT. Amminn ya rabbal alamin.
0 Comments