Kampung batu 4 jalan apas, Tawau yang terbakar pada 17 Mac 2022 sangat memilukan, khususnya kepada mangsa - mangsa yang terjejas.
Lebih 700 buah rumah milik penduduk tempatan di perkampungan berkenaan ranap di jilat api. Kejadian yang berlaku sekitar jam 2.30 itu melibatkan rumah papan yang dibina di atas air.
Keadaan Kampung Batu 4 Selepas Terbakar |
Keadaan kampung batu 4 selepas terbakar seperti padang jarak padang terkukur. Barang - barang, rumah dan lainya tidak ada yang tinggal, hanyalah arang dan debu sahaja kelihatan. Rata - ratanya, pemilik rumah hanya mampu pasrah dan redha dengan musibah bencana yang melanda.
Ikuti tayangan video di bawah yang menghayat hati. Ia diambil dan dirakam menggunakan drone melalui sudut pandangan atas perkampungan batu 4 jalan apas, Tawau setelah api berjaya dipadamkan.
Keadaan Kampung Batu 4
Selepas Terbakar
Hari ini, ramai badan - badan kerajaan dan swasta yang bertindak tangkas dan bijak dengan menghulurkan pelbagai bantuan kepada mangsa kebakaran.
Semoga para penduduk yang dilanda musibah bencana kebakaran sentiasa bertabah dan cekal, lebih - lebih lagi bulan ramadan yang bakal menjelma tidak lama lagi.
0 Comments