Kebaikan Dan Keburukan Simpan Anak Di Pusat Asuhan

Kebaikan Dan Keburukan Simpan Anak Di Pusat Asuhan

Dunia serba moden dengan peralatan canggih dihujung jari, membuatkan tahap kesibukan melanda kepada semua insan bernama manusia, sehinggakan terpaksa memerlukan khidmat orang lain untuk menjaga anak - anak. Suami dan isteri yang bekerja sudah pasti memilih jalan untuk meletakkan anak - anak mereka dibawah pusat asuhan, atau nama lainnya taska. 

Pusat asuhan ini, merupakan satu premis yang bertanggungjawab menjaga anak - anak apabila ibu bapa mereka pergi bekerja. Kepercayaan yang tinggi adalah bergantung pada diri sendiri.

Secara umumnya, hari demi hari isu kanak - kanak di pusat asuhan sering menjadi viral bukan sahaja isu kebaikan, malahan banyak juga memjurus kepada keburukan.


Kebaikan Dan Keburukan
 Simpan Anak Di Pusat Asuhan




Lazimnya, berikut adalah beberapa lebaikan dan keburukan apabila menyimpan anak - anak di bawah pusat asuhan kanak - kanak, antaranya;

Kebaikan.
  • Meringankan bebanan ibu bapa, khususnya apabila mereka pergi bekerja
  • Membantu sektor ekonomi iaitu berkongsi sumber pendapatan kepada pengusaha pusat - pusat asuhan 
  • Penjagaan dan keselamatan anak - anak yang terjamin kerana berada dalam presmis asuhan
  • Anak - anak dapat bersosial dengan pantas, bermula dari usia kanak - kanak

Keburukan.
  • Kasih sayang anak berkemungkinan mengurang kerana separuh berada pada pusat asuhan
  • Kakitangan pusat asuhan yang menjaga tidak diketahui atau dapat dilihat sepenuhnya bagaimana mereka menjaga
  • Peningkatan kepada perbelanjaan peribadi isi rumah
  • Kebimbangan adakalanya terselah pada diri, tatkala anak - anak di jaga oleh orang lain

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian