Kebakaran Rumah Kampung Batu 4, Tawau

Kebakaran Rumah Kampung Batu 4, Tawau

Tawau, Sabah 17 Mac 2022 (Khamis),  kira - kira jam  2.30 petang, satu kebakaran rumah berlaku di kampung batu empat, jambatan 2 jalan apas daerah Tawau Sabah.

Terdahulu, perkampungan kampung batu 4 juga dikenali sebagai kampung kurnia jaya dan merupakan perkampungan atas air mejoriti dihuni oleh rakyat tempatan.

Struktur rumah yang dibina dengan menggunakan papan, diikuti dengan deruan angin yang kuat menyebabkan api mudah merebak dengan cepat dari satu rumah ke satu rumah.



Kebakaran Rumah Kampung Batu 4, Tawau

Dari pandangan jauh yang dikongsikan pemilik salah seorang whatsapp grup, jelas kelihatan kepulan asap menghujani awan yang menunjukkan situasi kebakaran yang besar sedang berlaku.

Menurut, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Julius John Stephen Jr berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada 4.45 petang.

Beliau berkata, operasi memadam kebakaran membabitkan 49 anggota dan turut dibantu BBP Semporna selain Bomba Komuniti Kampung Kitingan dengan lima bot.

Ikuti paparan video di bawah tentang situasi kebakaran yang berlaku di kampung batu 4, jalan apas daerah Tawau.



Kebakaran Rumah Kampung Batu 4, Tawau



Ikuti juga paparan video Tawau Dron, yang di ambil dari pandangan atas tentang situasi kebakaran di kampung batu 4, jalan apas, Tawau.



Kebakaran Rumah Kampung Batu 4, Tawau


Kelihatan penduduk kampung berpusu - pusu menyelamatkan diri dan barang - barang yang sempat diselamatkan.


Lebih 700 buah rumah di jilat api dalam kebakaran rumah di kampung berkenaan. Penduduk yang terjejas, rata - ratanya mengalami kerugian yang teruk dan kehilangan tempat berteduh.

Semoga penduduk kampung yang ditimpah musibah berada dalam keadaan selamat dan bertabah dengan dugaan bencana yang melanda. 

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian