Mengamuk adalah satu perbuatan yang adakalanya terjadi secara tanpa disedari akibat amarah yang marah dan terasa tidak bersalah serta peduli terhadap apa - apa perkara di sekeliling.
Tabiat atau tindakan mengamuk boleh memberi banyak kesan negatif yang mungkin berpanjangan atau sementara.
Lazimnya terdapat beberapa keburukan mengamuk yang boleh di kongsikan bersama, antaranya:
- Tindakan agresif melulu akan di lakukan
Seseorang yang mengamuk adakalanya berkelakuan agresif dan melulu tanpa merasakan dan memikirkan perkara sedemikian boleh di selesaikan secara aman dan bijaksana.
- Tekanan darah akan naik atau meningkat
Sifat amuk yang melampau boleh menyebabkan tekanan kepada darah tinggi kerana perasaan d luar kawalan. Amarah yang marah, boleh membawa kepada pegaduhan tidak sihat
- Menjadi ikutan atau idola anak - anak
Memgamuk di hadapan anak boleh mengundang kepada negatif yang mana ia akan menjadi ikutan kepada anak- anak. Sebagaimana yang diketahui, anak - anak akan mudah terpengaruh dengan apa yang ibu bapa lakukan.
- Akan menjadi perhatian ramai
Dunia diginal masa kini adalah sangat pantas, apa sahaja yang terjadi sudah pasti akanemjadi bualan dan tular d media sosial, tidak kira baik mahupun buruk. Kaki tular pastinya tidak melepaskan peluang untuk berkongsikan kepada dunia sebagai pengetahuan, pengajaran serta peningkatan ilmu semata - mata.
- Meruntuhkan ikatan silaturrahim di kalangan ummat
Mengamuk dengan bertengkar mulut atau fizikal boleh memberi kesan kepada kerenggangan ikatan silaturrahim di kalangan masyarakat. Sifat tidak harmoni akan wujud dalam diri, sehinggakan membawa kepada kebencian, pergaduhan dan pembunuhan
- Tindakbalas nafsu melebihi akal fikiran
Keburukan mengamuk juga adakalanya berlaku di sebabkan oleh tindakbalas pemikiran, di mana apabila pemikiran terhadap sesuatu banyak menggunakan nafsu berbanding akal maka semua perbuatan yang dilakukan adalah cenderung kepada kepuasan semata - mata, dan bukannya kepada keharmonian. Dalam erti kata lain, taakulan perkara adalah di kawal oleh nafsu berbanding akal.
0 Comments