Kesan Keganasan Rumah Tangga

Kesan Keganasan Rumah Tangga

Rumah tangga yang dibina adalah berpunya daripada pelbagai sebab, ada yang atas dasar cinta iaitu suka sama suka, ada yang diperkenalkan atau disatukan oleh kedua belah pihak keluarga dan ada yang melalui rakan taulan dan sebagainya.

Institusi keluarga yang harmoni sudah pasti membawa kepada kebahagiaan yang baik, bukan sahaja pada diri sendiri, malahan juga kepada anak - anak.


Kesan Keganasan Rumah Tangga



Namun, sebaliknya terdapat juga isu cerai berai yang berpunya daripada pepbagai faktor. Tahukah kita terdapat banyak kesan akibat daripada berlakunya keganasan rumah tangga, antaranya;
  • Tekanan emosi dan fizikal
Masalah tekanan akan dihadapi oleh seseorang samaada suami atau isteri atau anak - anak jika berlaku keganasan rumah tangga. Pertengkaran dan pergaduhan dengan memukul pasti meninggalkan kesan takut dan tertekan dalam diri dari masa ke semasa.

Mangsa keganasan akan merasa takut dan tidak bermaya dalam liku - liku kehidupan.
  • Rumah tangga yang dibina akan bercerai berai
Sifat emosi yang memulu dan panas baran pasti membawa kepada pergaduhan antara kedua belah pihak. Keganasan emosi yang sentiasa berlaku, akan membawa kepada perpecahan atau cerai berai sesebuah institusi keluarga yang dibina.
  • Anak - anak akan tidak mendapat kebahagiaan yang seimbang
Kesan seterusnya apabila keganasan rumah tangga berlaku adalah kepada anak - anak. Anak akan merasa hilang keyakinan dan kekuatan apabila melihat ibu dan bapanya sering bertengkar dan bergaduh antara satu sama lain. Kesan ini akan memjejaskan prestasi pertumbuhan dan pendidikan anak - anak dengan tidak baik.


Perlu tahu juga punca - punya berlakunya keganasan rumah tangga, klik pada tajuk artikal dibawah:



Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian