Kesan keganasan rumah tangga sering kedengaran berlaku setiap hari dan viral di media - media sosial. Hal ini bukan saja tindakan negatif, malahan meningkatkan kesan buruk kepada masyarakat lainnya.
Lazimnya, terdapat kesan negatif yang mendalam akan dialami apabila berlakunya keganasan rumah tangga pada sesebuah institusi keluarga yang telah dibina, antara kesan - kesannya adalah berikut:
Kesan pertama
- Kemurungan
Keganasan rumah tangga disebabkan pergaduhan suami isteri akibat sesuatu perkara boleh membawa kesan kemurungan, samaada kepada isteri atau suami ataupun anak - anak. Kemurungan serta ketakutan akan dirasai dalam fikiran secara berpanjangan.
Kesan kedua
- Ketidak stabilan hidup anak - anak
Kehidupan serta keriangan anak - anak tidak lagi stabil apabila sentiasa mendengar dan melihat ibu bapanya selalu bertengar dan bergaduh antara satu sama lain. Anak - anak, adakalanya bertindak agresif dan melarikan diri kerana tekanan yang melampau serta merasakan tidak di sayangi.
Kesan ketiga
- Keruntuhan masjid yang telah dibina
Perlu tahu bahawa institusi keluarga atau masjid yang dibina adalah rezeki Ilahi. Adalah sangat dibenci sekiranya runtuh, tanpa menjaganya dengan harmoni dan sungguh - sungguh. Keganasan rumah tangga yang melampau sehinggahkan runtuhnya masjid yang dibina adalah perbuatan yang tidak baik dan memberi banyak kesan negatif berbanding positif.
Kesan Keganasan Rumah Tangga
0 Comments