Nisfu Syaaban Dan Kelebihan

Nisfu Syaaban Dan Kelebihan

Malam nisfu syabaan adalah malam yang akan tiba sebaik sahaja masuk waktu magrib. Malam yang penuh keberkatan kepada seluruh ummat islam di seluruh dunia.

Nisfu dalam bahasa arab adalah merujuk kepada setengah atau separuh.

separuh, setengah; N~ Syaaban per­tengahan bulan Syaaban (hari kelima belas dlm bulan Syaaban), iaitu antara hari yg di­muliakan oleh Allah dan digalakkan me­laku­kan pelbagai ibadah (spt membaca al-Quran, berzikir, berselawat, beristighfar dsb pd ma­lam­­nya dan berpuasa pd siangnya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)




Lazimnya terdapat banyak kelebihan apabila tiba hari nisfu syaaban, antaranya:


Umumnya tiada amalan khusus yang ditetapkan apabila menjelangnya hari nisfu syaban, namun ummat islam ada baiknya meningkatkan amalan ibadah seperti memperaktifkan amalan solat, membaca kitab suci Al- Quran.


Nisfu Syaaban Dan Kelebihan




Bulan Syaaban merupakan salah satu bulan yang mempunyai banyak kebaikannya. Justeru, diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w banyak melakukan puasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan lain. Ini sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a:

“Rasulullah s.a.w tidak pernah berpuasa pada bulan tertentu selain Ramadan sepanjang tahun lebih banyak daripada puasanya dalam bulan Syaaban dan baginda bersabda: Lakukanlah amalan-amalan sunat yang kamu mampu kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak akan jemu sehingga kamu merasa jemu.

Baginda juga bersabda: “Amalan yang paling disukai di sisi Allah adalah dilakukan secara berterusan walaupun sedikit”. (H.R Muslim) (Sahih Muslim Bi Syarhi al-Nawawi: Jld 4 ms 218). harianpost



Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian