Pantun Bulan Ramadan

Pantun Bulan Ramadan

Bulan ramadan atau bulan puasa adalah bulan di antara bulan - bulan yang lain dalam setahun kiraan kalender.

Pantun bulan ramadan yang dengan nasihat dan kata - kata semangat.


Pantun Bulan Ramadan




Dikongsikan beberapa pantun ramadan untuk hiburan bersama sempena menyambut bulan ramadan, antaranya;

  • Pantun pertama
Satu ramadan permulaan bulan yang berkat
Muslimin muslimat lebih bersemangat
Marilah kita tingkatkan muafakat
Semoga silaturrahim bertambah erat

  • Pantun kedua
Pelbagai juadah dibazar ramadan
Kueh rendang jadi pilihan
Janganlah kita suka temberang
Sifat negatif haruslah dibuang

  • Pantun ketiga
Bangun sahur di awal subuh
Santapan bersama sanak keluarga
Tungkatkanlah ibadah bersungguh - sungguh
Agar kehidupan lebih ceria

  • Pantun keempat
Solat terawih di masjid beramai - ramai
Sungguh meriah adanya tadarus
Marilah bersalaman secara damai
Semoga umat bertambah genius

  • Pantun kelima
Sedekah jariah dibulan ramadan
Nikmat keberkatan dirasai bersama
Lengkapkanlah puasa dibulan ramadan
Semoga ibadah berkekalan sepanjang zaman

  • Pantun keenam
Jalan - jalan di bandaraya
Janganlah lupa keselamatan
Bulan puasa penuh keberkatan
Gandakanlah ibadah sebagai bekalan

  • Pantun ketujuh
Malam indah lailatur qadar
Hadiah Ilahi yang tidak ternilai
Tingkatlah ibadah dengan sabar
Walaupun perlahan namun bernilai

  • Pantun kelapan
Marilah berpuasa tiga puluh hari
Pelbagai cabaran yang dilalui
Cekalkanlah diri setiap hari
Agar merdeka puasa dapat dikecapi



Selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh muslimin dan muslimat diseluruh dunia, walau dimana sahaja berada. Semoga amalan puasa mendapat keberkatan Allah SWT dengan penuh kerahmatan. Aaminn..


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia