Ibadah puasa adalah salah satu rukun islam yang ke tiga dan ia wajid di laksanakan oleh ummat islam di seluruh dunia yang mampu, apabila tibanya bulan ramadan. Bulan ramadan difardukan kepada umat Muhammad SAW pada tahun ke-2 Hijrah.
Rukun Islam
- Melafazkan dua kalimah syahadah
- Menunaikan solat fardhu lima waktu
- Berpuasa di bulan ramadan
- Menunaikan zakat
- Mengerjakan ibadah haji (Mengikut Kepada Kemampuan)
Pengertian puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai "menahan diri". Dari segi istilah syarak, puasa bermaksud "menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sidik sehingga terbenam matahari berserta niat".
Puasa bulan Ramadan adalah satu latihan rohaniah bagi mendidik jiwa manusia supaya bersabar, bersyukur dan sentiasa merendah diri sesama manusia. Semasa sedang berpuasa, kita bersabar ketika merasa lapar dan dahaga sepanjang hari. Kita juga diajar sabar ketika merasa marah semasa sedang berpuasa. Ertinya dalam kehidupan seharian hendaklah kita juga bersabar ketika menghadapi pelbagai dugaan dan cubaan yang di hadapi.
Sumber wikipedia menyatakan, ada pun dalil menyentu tentang puasa yang mana bahawa Firman Allah SWT:
“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertakwa. “ – (Surah al-Baqarah: 183)
Hadis Rasulullah SAW:
Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi daripada Abu Hurairah, yang bermaksud:
" Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadan bulan yang penuh berkat. Allah telah memfardukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadan itu, dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."
Lazimnya, hukum puasa dapat di bahagikan kepada tiga iaitu puasa wajib, puasa sunat dan puasa haram. Hari - hari berpuasa mengikut hukum berkenaan juga adalah berbeza dan mengikut yang telah ditetapkan seperti berikut;
Hari-hari berikut diwajibkan berpuasa bagi umat Islam:
- Puasa pada bulan Ramadhan merupakan salah satu Rukun Islam. Syariat puasa Ramadhan difardukan kepada umat Muhammad SAW pada tahun ke-2 Hijrah. Makanya, wajiblah ia dilakukan oleh semua orang Islam.
- Puasa Kifarah.
- Puasa qadak
- Puasa nazar.
Hari-hari berikut disunatkan berpuasa bagi umat Islam:
- Puasa enam hari pada bulan Syawal
- Puasa pada Hari Arafah pada 9 Zulhijah, namun menurut Ahli Sunah Waljamaah (Sunni), berpuasa pada 9 Zulhijjah adalah haram bagi orang yang menunaikan ibadah Haji. Berpuasa pada 9 Zulhijah juga adalah dilarang dalam Mazhab Syiah.
- Puasa pada hari tasu'a 9 Muharam dan Hari Asyura pada 10 Muharam
- Puasa pada Hari Isnin dan Khamis
- Puasa pada 13, 14, 15 hari bulan pada setiap bulan Islam Hijrah. Pada tarikh-tarikh tersebut, bulan akan berada dalam keadaan amat jelas kelihatan serta purnama penuh. Juga dikenali sebagai Puasa Hari Putih.
Hari-hari berikut diharamkan berpuasa bagi umat Islam:
- Puasa pada Hari Syak pada hari 30 Syaaban
- Puasa pada Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal
- Puasa pada Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijah
- Puasa pada Hari Tashriq pada 11, 12, 13 Zulhijah
- Puasa perempuan haid dan Nifas
- Puasa pada Hari Arafah yakni pada 9 Zulhijah, larangan berpuasa menurut Mazhab Syiah, tetapi berpuasa pada hari tersebut adalah sunat bagi Muslim yang mengikuti Mazhab Ahli Sunah Waljamaah, namun menurut pandangan Ahli Sunah Waljamaah juga, haram berpuasa pada hari tersebut bagi orang yang menunaikan Haji di Arafah.
- Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya sedangkan suaminya berada di rumah
- Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudarat ke atas dirinya kerana berpuasa
Bulan - bulan dalam islam
- Bulan muharram
- Bukan syafar
- Bukan rabi'ul awal
- Bulan rabi'ul akhir
- Bulan jumadil awal
- Bulan jumadil akhir
- Bulan rajab
- Bulan sya'ban
- Bulan ramadan
- Bulan syawal
- Bulan zulqaidah
- Bulan zulhijjah
Justeru daripada itu, ucapan selamat menunaikan ibadah puasa di bukan ramadan kepada seluruh ummat muslim dan muslimat di seluruh dunia walau di mana berada. Semoga amalan ibadah puasa yang dilakukan sentiasa memdapat rahmat dan keberkatan dari Allah SWT.
0 Comments