Punca Berlakunya Keganasan Rumah tangga

Punca Berlakunya Keganasan Rumah tangga

Keganasan rumah tangga sejak dahulu lagi sering berlaku di kalangan institusi keluarga yang di bina.

Lazimnya terdapat banyak punya berlakunya keganasan rumah tangga, antaranya;


Punca Berlakunya Keganasan
 Rumah tangga





Ketidak serasian dalam kehidupan bersama

Punca pertama yang dapat ditafsirkan kerana ketidak serasian dalam institusi kehidupan, dimana kedua belah pihak masing - masing tidak mengala atau tidak menerima kelebihan dan kekurangan dalam apa juga perkara yang di uruskan atau dibincangkan.

Keegoan menebal dalam diri mendorong kepada sifat mementingkan diri masing - masing sehinggakan membawa kepada keretakan sesebuah institusi keluarga dan berhasil dengan keganasan dan perceraian.


Bebanan ekonomi yang di tanggung tidak memberi kepuasan

Keganasan rumah tangga juga berlaku apabila sifat mensyukuri ke atas nikmat kurniaan Ilahi tidak wujud dalam diri dam naluri. Bebanan atau tanggungjawab yang dipikul tidak menampung sehinggakan masing - masing menyalakan antara satu sama lain. 

Kemampuan yang tidak terdaya terhadap kos kehidupan keluarga memyebabkan amarah antara satu sama lain berlaku. Hal ini juga memdorong kepada keganasan antara dua belah pihak sehinggakan ada yang terpaksa berpisah.


Zuriat dan keturunan yang belum dikecapi 

Punca belum memperolehi zuriat dan keturunan juga merupakan salah satu faktor kepada keganasan rumah tangga berlaku. Tidak ada penyeri rumah menyebabkan masing - masing terasa bosan dan sunyi. Sifat tidak sabar dan bersyukur seumpanya, adalah tidak baik kerana ia akan terdorong kepada amarah dan pertengkaran antara satu sama lain. Situasi sedemikian juga, tanpa kasih sayang lama ke lamaan juga membawa kepada keganasan dan perpisahan.


Pengambilan bahan terlarang yang memabukkan 

Pengambilan bahan terlarang seperti minuman memabukkan berterusan, dadah oleh kedua belah pihak atau salah seorang, boleh menyebabkan keberantakan atau keganasan serta pergaduhan berlaku antara satu sama lain. Sifat tanpa sedar dan khayal serta tidak normal dalam membuat keputusan menyebabkan pertelingkahan sering berlaku, dan akhirnya membawa kepada perbecahan serta perceraian antara satu sama lain.


Sifat cemburu melulu atau membabi buta

Keganasan rumah tangga juga adalah berpunca kepada sifat cemburu yang membabi buta tanpa memeriksa atau berbincang secara damai. Sifat sedemikian adalah negatif apabila antara satu sama lain atau salah seorang merasa curiga dan menyiasat dalam diam, tanpa melalukan perbincangan baik atau harmoni bersama. 

Sifat ini juga boleh menimbulkan sangsi serta sakwasangka dan seterusnya mendorong kepada ketidak percayaan antara satu sama lain. Pertelingkahan akan berlaku apabila masing - masing atau salah seorang tidak sabar atau ego serta sangsi terhadap pasangan, walhal ianya boleh di bincangakan. Situasi adakalnya bertambah buruk apabila kurangnya rasa kasih sayang dan boleh membawa kepada keganasan serta perpisahan.
  • Curang dalam perhubungan
Curang juga merupakan satu berlakunya keganasan rumah tangga. Ketidak percayaan antara satu sama lain, serta pengaruh pergaulan luar yang bebas juga mengundang kepada keretakan ikatan kekeluargaan yang dibina. Dalam masa sama, ia juga membawa kepada pergaduhan serta pertengkaran dan perpisahan.


Lazimnya, tanpa diketahui ramai terdapat banyak kesan buruk yang akan timbul atau dihadapi apabila berlakunya keganasan rumah tangga. Sila ikuti kesan - kesannya dengan menekan artikal di bawah:



Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia