Kemalangan jalan raya sering berlaku hari demi hari. Ia bukan sahaja melibatkan pacuan empat roda, malahan juga kepada pengguna kenderaan kecil seperti motosikal.
Penggunaan jalan raya yang tidak effisyen oleh masyarakat adalah penyumbang kepada berlakunya peningkatan kadar kemalangan jalan raya.
Punca kemalangan jalan raya adalah disebabkan oleh beberapa perkara terlibat, antaranya berikut:
- Sifat atau cara pemanduan yang mementingkan diri sendiri
Tabiat atau sifat yang tidak baik semasa memandu di jalan raya dengan hanya mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan pengguna lain boleh menyumbang kepada kemalangan jalan raya.
- Tidak mematuhi arahan - arahan peraturan jalan raya yang telah ditetapkan
Pemanduan di jalan raya yang tidak mengikut garis panduan peraturan jalan raya juga menjadi penyebab kepada kemalangan jalan raya dan juga kepada pengguna lain. Ketidak patuhan seperti tidak memakai signal (lampu isyarat) lebih awal apabila hendak membelok ke kiri atau kanan.
- Keadaan jalan raya yang tidak baik dan berlubang
Kondisi jalan raya juga menjadi faktor kepada kemalangan jalan raya, lebih - lebih lagi di waktu malam kerana tahap penglihatan yang rendah dan tidak jelas. Jalan yang berlubang dan tidak rata, berisiko besar kepada berlakunya kemalangan jalan raya.
- Pemandu yang tidak terlatih dan tidak tahu sepenuhnya peraturan jalan raya
Terdapat juga sifat masyarakat yang tidak memiliki lesen sah memandu dan kurang terlatih, namun tetap memandu di jalan raya. Situasi berkenaan bukan sahaja salah di sisi undang - undang, malahan boleh mengundang kemalangan jalan raya serta menjejaskan dan membahayakan kepada pemandu lain.
Punca Kemalangan Jalan Raya
0 Comments