Selamat Hari Wanita Tahun 2022
Wanita adalah insan istemewa. Di ciptakan dari tulang rusuk adam dan sebagai peneman atau pelengkap kepada kehudupan berkeluarga.
Dahulu kala wanita lebih tertumpuh kepada kerja - kerja suri rumah, namun edaran masa dan ilmu pengetahuan, hari ini wanita di lihat seiring dengan lelaki dan bersama - sama memajukan apa juga perkara yang bermanfaat.
Istimewa wanita adalah;
Dulunya,
- Dialah ibu
- Dialah yang menyediakan makanan dan minuman untuk keluarga
- Dialah yang mengandungkan anak selama sembilan bulan
- Dialah yang menyusukan bayi yang lahir
- Dialah yang bersemangat kuat dan kental melahirkan anak
- Dialah yang membebel di rumah apabila rumah bersepa - sepa
- Dialah bos di rumah apabila keadaan rumah tidak bersih
- Dialah yang menghias, pasang tabir rumah bila menjelang perayaan
- Diala yang menegur suami apabila ada perkara tidak betul
- Dialah yang mengurus anak - anak apabila anak turun ke sekolah
- Dialah yang menyayangi dan tersenyum apabila di berhadapan dengan kesusahan
- Dialah yang mendoakan dalam dia tentang kebahagian keluarganya
- Dialah yang mencuci pakaian sesebuah keluarga
- Dialah pekerja di kebun - kebun
- Dialah segalanya
Hari ini, wanita istemewa bangkit sejajar dengan kaum adam.
- Hari ini, dialah pegawai di jabatan atau sektor swasta
- Hari ini, dialah seorang pendidik kepada generasi baharu
- Hari ini, dialah insan yang memberi kata putus atau memutuskan sesuatu perkara atau isu
- Hari ini, dialah insan yang bekerj sebagai pemandu lori atau jentera berat
- Hari ini, dialah insan barisan hadapan tentera, polis, doktor
- Hari ini, dialah insan juruterbang
- Hari ini, dialah insan pemimpin
Untuk itu, ucapan selamat hari wanita kepada semua yang bergelar wanita walau dimana sahaja berada semoga sentiasa sihat sejahtera, cekal dan kuat dengan cabaran yang di hadapi dengan rasa gembira.
Sambutan hari wanita hari ini 08 Mac 2022 dengan tema " Saksama Bersama"
0 Comments