Tindakan Agar Tidak Diragut

Tindakan Agar Tidak Diragut

Jenayah ragut semakin berleluasa pada masa kini walau dimana sahaja berada. Perbuatan yang tidak bermoral ini adalah tidak baik untuk dilakukan.

Tindakan Agar Tidak Diragut

Namun demikian, ekoran desakan ekonomi kehidupan, seseorang adakalanya terpaksa melakukannya, apatalagi sekiranya dibawah pengaruh barang - barang yang memabukan.


Tindakan Agar Tidak Diragut




Justeru daripada itu, terdapat beberapa tindakan yang boleh dilakukan apabila diragut oleh peragut tanpa disedari, antaranya;

  • Elakkan memakai barang - barang berharga seperti emas, jam tangan apabila hendak berjalan
Perhiasan luar seperti barang - barang kemas yang dipakai di luar badan dan mudah kelihatan oleh orang lain, boleh mengundang risiko yang besar, dimana peragut mudah bertindak liar dan melakukan aktiviti ragutan dengan menarik barang kemas yang dipakai pada badan. Dalam pada itu juga, peragut adakalanya mengacukan senjata tajam sekiranya mangsa melawan.

  • Elakkan berjalan dikawasan lapang, sunyi atau tepi jalan secara bersendirian
Peragut kebiasaanya menaiki motosikal agar mereka mudah meloloskan diri. Oleh itu elekkan berjalan di tepi - tepi jalan raya atau kawasan sunyi. Apabila keluar dari kenderan pastikan lihat keadaan sekeling terlebih dahulu dari cermin kenderaan sebelum membuka dan keluar dari kemderaan. 

  • Sentiasa membawa senjata tajam, seperti spray nyamuk atau memasukkan objek tajam dalam beg seperti batu
Semasa berjalan, pastikan membawa objek yang boleh digunakan sebagai penyelamat diri seperti spray nyamuk. Tujuannya apabila keadaan getir tidak ada orang lain di sekeliling untuk membantu, dan peragut membuat perbuatan yang melampau selain meragut, untuk itu, dengan kesempatan serta peluang yang ada, gunakanlah objek penyelamat dengan menyembur muka si peragut dan terus melarikan diri, untuk mendapatkan bantuan.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia