Tindakan Bijak Menabung Dalam Kereta

Tindakan Bijak Menabung Dalam Kereta

Menabung adalah satu perlakuan dengan menyimpan wang ringgit atau harta bernilai seperti emas untuk keperluan masa - masa mendatang atau mengaut keuntungan.

Dulu hobi menabung di lakukan di rumah dengan memasukkan duit ke dalam bekas tabungan. Peredaran zaman dengan adanya institut perbankan, ramai masyarakat yang menyimpan di bank. Selain daripada lumayan, simpanan juga selamat dan terjamin.

Justeru daripada itu, menyimpan duit syiling di dalam kereta merupakan langkah bijak walaupun tidak memberi pulangan faedah. Namun demikian, ia membantu menyelamatkan saat - saat ketiadaan wang atau tidak mencukupi semasa keperluan mendesak.

Ruangan simpanan sulit dalam kereta  boleh di jadikan tempat menabung wang syiling. Walaupun sedikit, namun tanpan disedari lama ke lamaan menjadi bukit. 

Tindakan bijak dan bermanfaat, tular dan dikongsikan oleh pemilik laman muka buku (facebook) Rozita Lee Swee Hock. Dalam masa sama, ramai warga netizen memberi komen positif atas perkongsianya.

Perkongsian yang dikatakanya;  Saat kau tiada cash di tangan yang tinggal rm5 saja. Mau kad tidak boleh sebab pasar sayur lepas tu mau pergi ATM jauh ya amiay. Jadi ada gunanya juga menabung dalam kereta, syiling pun syiling laaa..



Tindakan Bijak Menabung
Dalam Kereta


Dalam pada itu, walaupun ianya bermanfaat dan membantu dalam keperluan duit apabila berhadapan dengan situasi getir, namun terdapat juga risiko atau keburukannya, seperti di luar jangkaan atau ramalan. Oleh itu, langkah berhati - hati haruslah di tingkatkan dalam dari masa ke semasa.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan