Tip Menghadapi Peperiksaan Bertulis

Tip Menghadapi Peperiksaan Bertulis

Peperiksaan bertulis adalah satu penilaian yang ditetapkan oleh sesebuah organisasi untuk menilai tahap seseorang dari sudut ilmu pengetahuan tentang sesuatu perkara. 


Jenis peperiksaan yang lazimnya dihadapi adalah:
  • Peperiksaan sijil tinggi pelajaran Malaysia
  • Peperiksaan sijil pelajaran Malaysia
  • Peperiksaan memasuki perjawatan sektor kerajaan / swasta
  • Peperiksaan untuk mengambil lesen memandu
  • Peperiksaan untuk kenaikan pangkat
  • Peperiksaan penilaian prestasi
  • Peperiksaan mengambil sijil MUET

Lanjutan daripada itu, terdapat beberapa tip yang boleh di lakukan apabila berhadapan atau memghadapi peperiksaan, antaranya;

Tip pertama
Membuat sesi ulangkaji dan latihan seminggu sebelum menduduki peperiksaan

Minda atau otak seseorang adakalanya berbeza dari sudut penerimaan dan daya ingatan. Oleh itu, tempoh seminggu adalah tempoh yang sesuai bagi seseorang membuat sesi ulangkaji dan latihan mendalam sebelum menduduki peperiksaan. Sasaran haruslah di lakukan berdasarkan kajian agar ianya membuahkan hasil yang baik.

Tip kedua
Buat perbincangan secara kumpulan dengan rakan yang sama dan bakal menduduki peperiksaan

Belajar atau berbincang secara kumpulan adalah sangat berpotensi untuk meningkatkan daya ingatan terhadap sesuatu yang dipelajari. Ia juga mampu membantu pengurangan pemahaman secara sendiri, kerana maklumat atau ilmu diperolehi menerusi perbualan.


Tip ketiga
Buat nota ringkas dan latih tubih secara berulang - ulang

Tip ketiga adalah dengan membuat nota ringkas yang mudah di fahami dan mampu di hurai secara sendiri. Dalamasa sama, latih tubih secara berulang - ulang juga adalam penting dan membantu kepada daya ingatan melalui pergerakan anggota badan.

Tip keempat
Amalkan konsep atau kaedah belajar secara pemahaman huraian berbanding hafalan

Tip ke empat adalah menjurus kepada kaedah atau cara belajar. Semasa belajar, amalkan konsep pemahaman huraian, dan jangan berkonsepkan hafalan. Pemahaman adalah terbaik kerana jawapan dapat di olah daripada pengetahuan sendiri terhadap isu semasa.


Situasi Di Dalam Dewan Untuk Peperiksaan Secara Bertulis

Tip Menghadapi Peperiksaan Bertulis



Tip kelima
Jaga tahap kesihatan dengan baik semasa belajar sebelum menghadapi peperiksaan

Tips seterusnya adalah memjurus kepada kesihatan. Penjagaan tahap kesihatan adalah perlu dan penting semasa melakukan pembelajaran atau belajar. Pemakanan seimbang serta rehat / tidur yang mencukupi adalah sangat penting, agar minta dapat berinteraksi dengan sihat dan seterusnya mampu menyimpan maklumat ilmu yang dipelajari. Dalam masa sama, ia dapat di lontarkan menerusi lisan dan tulisan dengan begitu lancar dan berkesan.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan