Manusia di ciptakan di muka bumi dengan sempurna sifatnya. Bukan sahaja lengkap anggota tubuh badan, malahan akal fikiran yang tidak ada tolok bandingnya.
Dalam pada itu, manusia diciptakan pelbagai keturunan agar mereka dapat kenal mengenali antara satu sama lain. Sifat yang berbeza juga menjadi penentu kepada seseorang untuk maju ke hadapan atau sebaliknya.
Justeru daripada itu, tip memilih kawan atau sabahan adalah sangat penting. Hal ini kerana terdapat kawan yang baik dan sebaliknya. Pimilihan kawan adalah sangat penting, ia bukan sahaja membantu dalam aspek yang diperlukan malahan sebahagian keluarga yang boleh dipercayai dalam apa juga perkara yang dihadapi.
Berikut adalah beberapa tip pilih kawan yang boleh menjadi panduan bersama:
Tip pertama
Kenali tabiat kawan
Semasa memilih kawan, cuba kenali dan fahami tabiat kawan adakah kawan memiliki tabiat yang negatif, atau positif, atau seimbang. Lazimnya dengan mengetahui tabiat, ia mempengaruhi kepada diri sendiri.
Tip kedua
Kenali cara kawan berbicara
Semasa berbual dengan kawan, cuba baca adakah kata - kata yang selalu di luahkan oleh kawan adalah kata - kata yang buruk, membenci, mencela atau lebih kepada membina
Tip ketiga
Kenali ciri - ciri kawan
Mengenali ciri - ciri kawan sangat membantu kepada pembangunan diri. Lazimnya, apabila kawan jenis yang suka mendirikan solat, secara automatik ia akan membantu diri dan terikut untuk mendirikan solat atau perkara kebaikan.
Tip keempat
Kenali tindakbalas kawan
Tindakbalas adalah merangkumi, samaada kawan adalah jenis kawan makan kawan, atau kawan yang memerlukan apabila ada kepentingan atau lain - lain lagi. Sebaliknya, apabila diperlukan pelbagai alasan dikemukakan walaupun berkelapangan.
Lazimnya pengaruh kawan adalah sangat tinggi dan luas, tanpa ilmu pengetahuan di dada, adakalanya hanyut apabila kawan yang di santuni itu mempunyai daya tipu muslihat ke arah perkara - perkara tidak baik. Namun, jika kawan memiliki sifat - sifat yang indah, sudah pasti diri akan terikut kepada lebaikan.
Kesimpulannya, pilihlah atau berkawanlah dengan kawan yang boleh dipercayai. Erti kata lain, boleh membantu apabila dipeelukan dan sering membawa atau mengajak kepada kemajuan hidup khususnya ke arah kebaikan bukan sahaja dunia malahan akhirat.
0 Comments