Tip Selamat Bila Tempah Kenderaan E-hiling

Tip Selamat Bila Tempah Kenderaan E-hiling

Kenderaan e-hiling adalah salah satu kenderaan pengangkutan awam yang disediakan kepada umum bagi memudahkan, khususnya mereka yang tidak memiliki kenderaan untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi lain.

Kecanggihan perkhidmatan kenderaan e-hiling hanya ditempah oleh pengguna dengan menggunakan telefon bimbit, atau erti kata lainnya dihujung jari sahaj. Kenderaan e-hiling akan datang sendirinya mengambil pengguna di mana pin yang pengguna tetapkan.



Tip Selamat Bila Tempah Kenderaan
 E-hiling



Hari demi hari, kenderaan e-hiling tumbuh bagai cendawan, ia sangat membantu kepada semua lapisan masyarakat khususnya kepada penambahan pendapatan ekonomi isi rumah.

Dalam pada itu, sebagai insan yang bijak langkah berjaga - jaga perlulah ada dalam diri setiap masa dan dimana sahaja berada, hal ini kerana jenayah sentiasa ada di mana - mana tanpa diduga. 


Tip Selamat Bila Tempah Kenderaan E-hiling

Bersama ini, dikongsikan beberapa tip selamat untuk diri sendiri apabila hendak menaiki atau menggunakan khidmat kenderaan e-hiling, antaranya;

  • Screen shoot paparan tempahan dan laporkan awal kepada sanak keluarga / rakan
Tindakan screen shoot paparan tempahan dan melaporkanya lebih awal kepada keluarga (ibu bapa) atau rakan adalah penting bagi langkah siap siaga pengesanan pantas jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini atau diduga. Dalam masa sama, ambil peluang lebih awal untuk saiko pemandu dengan memberitahu kepadanya bahawa maklumatnya telah anda kongsikan kepada pihak ketiga dan ianya sekadar pelaporan, agar pemandu berkenaan merasa takut dan tidak melakukan perkara yang negatif dan tidak sewajarnya.

  • Batalkan tempahan serta merta sekiranya pemandu dan kenderaannya kelihatan mencurigakan
Apabila kenderaan yang ditempah telah sampai ke tempat destinasi, lihatlah dahulu pemandunya samada mencurigakan atau tidak, dan adakah maklumat fizikal sama dengan maklumat dalam tempahan ditelefon bimbit, sebelum menaiki kenderaan berkenaan. Jika ia dirasakan mencurigakan, ada baiknya membatalkan sahaja tempahan berkenaan dan membuat tempahan kepada pemandu yang lain baharu atau sebaliknya.

  • Elakkan naik secara bersendirian, khususnya waktu malam
Tip seterusnya adalah elakkan menggunakan khidmat e-hilang secara bersendirian, apatalagi pada waktu malam khususnya kaum wanita. Risiko bukan sahaja sangat bahaya, malahan menakutkan. Walaupun demikian, jika pemandunya dipercaya dan diyakini bersifat positif, bergandung pada diri sendiri iaitu pengguna untuk meneruskannya atau sebaliknya, yang penting sentiasa berhati - hati.


Tip Selamat Bila Tempah Kenderaan E-hiling

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian