Pusat asuhan kanak - kanak adalah satu tempat yang disediakan atau diusahakan oleh pengusaha untuk mengasuh serta menjaga anak - anak pelanggan mereka dengan baik.
Lazimya, pusat asuhan adakalanya berbeza - beza antara satu sama lain. Ia bergantung pada kriteria pekerjanya dan juga pengusaha premis berkenaan.
Justeru itu, ibu bapa haruslah lebih bijak dalam memilih serta menempatkan anak - anak di pusat asuhan.
Tip Simpan Anak Di Pusat Asuhan |
Berikut dikongsikan beberapa tip apabila menyimpan atau meletakkan anak - anak di pusat asuhan, antaranya;
- Kajian serta selidik
Apbila menjumpai sesebuah pusat asuhan, langkah kajian dan selidik perlu dilakukan bagi mengetahui premis berkenaan berdaftar serta mempunyai peralatan baik seperti kamera perakam (cctv) serta persekitaran dalam dan luar premis. Kajian bagi mengetahui kesesuaian dan kualiti serta keyakinan terhadap pusat asuhan berkenaan.
- Kenal pasti sifat atau tabiat pekerja
Mengetahui serta mengambil peduli tentang kakitangan di pusat asuhan sebelum menghantar anak - anak, adalah wajar dilakukan. Ini kerana membantu serba sedikit kebimbangan dan keyakinan penjagaan anak - anak oleh kakitangan pusat asuhan. Sebagai contoh, jika kakitangan di pusat asuhan yang ingin di tuju, memiliki sifat - sifat negatif, panas baran, mempunyai sejarah jenayah lampau dan lain - lain lagi, secara tidak langsung ia adalah peluang kepada ibu bapa untuk tidak menempatkan anak - anak dipusat asuhan berkenaan, dan beralih kepada yang lainnya.
- Pengalaman rakan - rakan yang lain
Sebelum menempatkan anak - anak di pusat asuhan, tindakan juga boleh dilakukan dengan mendapatkan rujukan daripada pengalaman rakan - rakan yang pernah menempatkan anak - anak mereka di pusat asuhan yang dipilih. Sekiranya maklumbalas penuh dengan kebaikan, maka adalah wajar meneruskannya, namun jika sebaliknya ada baiknya mencari yang lain dan lebih baik serta selamat.
- Logistik
Faktor logistik juga perlu diambil kira apabila menempatkan anak - anak di mana - mana pusat asuhan. Jarak yang dekat dengan tempat kerja dan rumah adalah sangat baik dan memudahkan ibu bapa mendapatkan anak dengan mudah dan cepat. Dalam masa sama, ia juga mengelakkan isu kesesakan jalan raya yang sentiasa berlaku tanpa di duga.
0 Comments