Aktiviti Semasa Hari Raya Aidilfitri

Aktiviti Semasa Hari Raya Aidilfitri

Hari raya aidilfitri adalah salah satu perayaan ummat islam yang telah di tetapkan dalam kalender dalam setiap tahun. Perayaan ini diraikan pada bulan syawal iaitu setelah selesai menunaikan ibadah puasa dibulan ramadan. 


Aktiviti Semasa Hari Raya Aidilfitri




Antara aktiviti - aktiviti yang dilakukan semasa hari raya aidilfitri, antaranya;

  • Menunaikan ibadah solat sunnat hari raya aidilfitri secara berjemaah di Masjid
  • Memakai pakaian baharu serta wangi - wangian 
  • Bersalam - salaman antara satu sama lain khususnya di kalangan sanak keluarga, sebagai tanda kemaafan dan mengeratkan ikatan silaturrahim
  • Menjamu selera secara berjemaah di pagi hari raya
  • Menanamkan sifat kasih dan sayang antara satu sama lainnya
  • Memberikan habuan kepada anak - anak sebagai tanda menaikkan semangat anak - anak agar lebih menghormati dan berusaha suatu hari nanti
  • Mengadakan kenduri atau rumah terbuka dengan menjemput jiran tetangga untuk keutuhan dan keakrafan sesama insan
  • Bermain bunga api yang biasa sahaja bersama anak - anak di halaman rumah pada sebelah malamnya untuk hiburan semata - mata

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan