Amalan 10 Malam Akhir Lailatulqadar

Amalan 10 Malam Akhir Lailatulqadar

Malam lailatulqadar adalah malam yang terbaik di malam seribu bulan.

Amalan - amalan 10 malam terakhir malam lailatulqadar, antaranya;

  • Lebih proaktif mendirikan solat 
  • Membaca kitab suci Al - Quran dengan kerap
  • Memperbanyakkan zikir
  • Berdoa dengan penuh khusyuk dan tawaduk
  • Bertaubat bersungguh - sungguh



Amalan 10 Malam Akhir
 Lailatulqadar


Firman Allah SWT

Wahai anak Adam, lapangkanlah masamu untuk beribadat kepadaku, nescaya aku akan penuhkan dadamu dengan kekayaan dan aku akan hapuskan kefakiranmu jika tidak aku akan penuhkan dadamu dengan berbagai - bagai kesibukan dan kefakiranmu tidak akan datang.



Tanda - Tanda Malam Lailatulqadar

Malam berkenaan terang dan nyaman serta tidak panas pada paginya

  • Ubadah bin al-Somit R.A berkata secara marfu’ : “Sesungguhnya malam berkenaan bersih terang, seolah-olah bulan yang menerangi tenang, nyaman tidak terlalu sejuk pada malam itu dan tidak terlalu panas serta tiadalah tempat bagi bintang untuk dilihat dengannya sehingga ke waktu pagi. [Umdah al-Qari 11/134]


Matahari terbit pada paginya tidak terang dan tidak panas

  • Ubadah bin al-Somit R.A berkata secara marfu’ : Dan daripada tandanya bahawa matahari pada waktu paginya keluar dalam keadaan tidak bercahaya dengan kepanasan seperti bulan penuh purnama dan syaitan tidak ada tempat untuk keluar bersamanya pada hari tersebut. [Umdah al-Qari 11/134]
  • Daripada Ubai Bin Kaab R.A menyatakan daripada Rasulullah SAW, sabdanya yang bermaksud: “Sesungguhnya matahari terbit pada hari tersebut tidak mempunyai cahaya dan kepanasan.”
  • Berdasarkan riwayat daripada ucapan Ibn Mas’ud berkata: “Sesungguhnya matahari keluar setiap hari antara dua tanduk syaitan, kecuali pagi malam qadar.” [Umdah al-Qari 11/134]. sumber: mysumber



Lanjutan daripada itu, marilah kita semua berpusu - pusu memenuhkan Masjid - Masjid untuk merebut peluang malam lailatulqadar. Semoga dengan amalan 10 malam terakhir ini, kita semua mendapat syafat kebaikan yang dinyatakan dan janji Allah SWT. Aaminn ya rabbal alaminn.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian