Bacaan Dan Kelebihan Selawat

Bacaan Dan Kelebihan Selawat

Berselawat lah kamu sesungguhnya dengan berselawat akan mendaoat banyak fadilat dan pahalanya.

Bacaan solat boleh dilakukan dengan mengungkapkannya selepas menunaikan solat di Masjid atau Surau, bahkan di mana - mana sahaja, untuk memuji keagungan dan kebesaran Allah SWT dan nabi Muhammad SAW.


Telah meriwayatkan oleh Al-Hafiz  Ibnu Hajr dari Kaab bin ‘Ujrah r.a

عن النبيِّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ أنَّه كان يقولُ في الصَّلاةِ: اللَّهمَّ صلِّ على محمَّدٍ وعلى آلِ محمَّدٍ 

Ertinya : 

“Daripada Nabi saw bahawasanya baginda berkata di dalam sembahyang : Ya Allah selawatkan ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad.” (Kitab Al Mawahib Al-Laduniah dan Imam Az-Zahabi ada meriwayatkan dan Kaab bin Malik). mywilayah.



Bacaan Dan Kelebihan Selawat

Allahhumma sholli alaa saiyyidina Muhammad waala aalii saiyyidina Muhammad.


Assalamualaikum, sebagaimana dalil firman Allah dalam Surah Al-Ahzaab ayat 56 berikut: 


إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Ertinya: 

Sesungguhnya Allah dan Malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kalian untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”


Kelebihan - kelebihan berselawat.

  • Mendapat ganjaran pahala
  • Mendapat ketenangan rohani dan jasmani
  • Sentiasa mendapat penyelesaian mudah semasa berurusan
  • Terhindar dari melakukan perkara - perkara kemaksiatan
  • Nurani akan dipenuhi dengan sifat - sifat terpuji


Oleh yang demikian, marilah kita sentiasa berselawat ke atas junjungan nabi Muhaamad SAW dengan rasa gembira. Semoga hati dan fikiran kita sentiasa merasa tenang dan mudah untuk kita melakukan kerja - kerja harian demi rezeki halal untuk kelangsungan kehidupan di dunia ini. Aaminn

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan