Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2022

Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2022

Kuala Lumpur, 05 April 2022. YB Perdana Menteri Datuk Ismail Sabri, dalam kenyataanya meluluskan bantuan khas sempena sambutan hari raya aidilfitri tahun ini iaitu 2022.

Katanya juga, Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan di bawah skim Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP.

Dalam masa sama, Kerajaan juga bersetuju untuk memberi bantuan khas sebanyak RM250 kepada Pesara Kerajaan. Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan April iaitu pada 25 April 2022. 

Bantuan khas tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM923 juta dan akan memanfaatkan lebih 2 juta penjawat awam dan pesara. 

Pengumuman pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri pada tahun ini dibuat lebih awal sebagai salah satu langkah keprihatinan Kerajaan dalam membantu mereka membuat perancangan awal dan persiapanbagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.



Bantuan Khas Aidilfitri
Tahun 2022

Pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada Keluarga Malaysia.


Lanjutan daripada itu, bantuan ini, sangat bermanfaat kepada seluruh masyarakat di negara ini dan secara tidak langsung sedikit sebanyak menambah sumber kewangan sedia ada, khususnya dalam menyambut perayaan hari raya aidilfitri. Dalam masa sama, marilah kita manfaatkan bantuan yang diberikan dengan sebaiknya.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian