Biodata Aliff Syukri Kamarzaman, Usahawan

Biodata Aliff Syukri Kamarzaman, Usahawan

Biodata Aliff Syukri Kamarzaman, Usahawan


Sepintas lalu,

En. Aliff Syukri merupakan salah seorang usahawan tempatan yang berasal dari keluarga sederhana. Beliau yang mula berjinak - jinak dalam gerbang perniagaan sejak di bangku sekolah lagi atas dorongan keluarga. Mengenali perniagaan membuatkan beliau sangat meminatinya dengan lebih mendalam apabila sumber pendapatan terus diperolehi secara langsung.

Sejak di usia kanak - kanak, beliau juga mempunyai semangat yang kuat, tidak segan malu untuk maju ke hadapan dan seterusnya mengecapi kejayaan dalam perniagaanya.

Dari aspek keperibadian, beliau juga sangat mesra dan muda di santuni oleh masyarakat ramai. Oleh kerana itu masyarakat santiasa mengikuti serta mencontohi kejayaannya.



Biodata Aliff Syukri Kamarzaman, Usahawan




Maklumat Diri.

Nama penuh:

  • En. Aliff Syukri Bin Kamarzaman

Nama ada gelaran:

  • Yang Hormat Dato' Sri En. Aliff Syukri bin Kamarzaman, SSAP, DIMP

Nama panggilan:

  • Dato Terlajak Laris

Tarikh lahir:

  • 03 April 1987

Umur pada tahun 2022

  • 35 Tahun

Asal:

  • Felda Kechau, Kuala Lipis, Pahang, Malaysia. Kini, Menetap di Selangor

Pasangan hidup:

  • Datin Sri Nur Shahida binti Mohd Rashid (k. 2007)


Kerjaya / pekerjaan:

  • Usahawan
  • Penyanyi
  • Pelakon
  • Model / Peragaan Produk


Tingkat Pendidikan.

Bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sg. Besar, Selangor. Kemudian, beliau telah melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Telok Gadong, Klang. Selepas itu, beliau telah belajar di Sekolah Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan bagi mendalami ilmu agama. Selepas tamat pengajian di sekolah pondok, beliau telah menyambung pelajaran di Sekolah Integrasi As-Syakirin, Shah Alam sehingga tingkatan 5.


Anugera Dikecapi

 Pahang :

  • MY-PAH Order of the Crown of Pahang - Knight Companion - DIMP.svg Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) - Dato' (2012)
  • MY-PAH Order of Sultan Ahmad Shah of Pahang - Grand Knight - SSAP.svg Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P) - Dato' Sri (2017)


Liku - liku Permulaan Perniagaan

Semangat dan kecekalan untuk memperolehi duit saku bermula dengan menjual jeruk mempelam dan jambu sejak disekolah lagi. Kesungguhan beliau jelas dilihat apabila beliau sendiri memanjat pokok mempelam dan pokok jambu bagi mendapatkan buah untuk dijadikan jeruk. Jika budak lain pergi ke sekolah hanya membawa satu beg sekolah untuk mengisi buku, namun untuk beliau, pasti akan ada satu lagi beg tambahan yang dimuatkan dengan jeruk untuk dijual pada harga antara 10 hingga 20 sen. Perniagaan kecil-kecilan itu dilihat sangat berkesan lantas memberi keyakinan kepada beliau untuk melakukannya hingga ke peringkat sekolah menengah dengan menjual pelbagai jenis kerongsang dan juga tudung serta barangan kosmetik. Setelah tamat zaman persekolahan, beliau mula menjalankan perniagaan kecil-kecilan dari rumah ke rumah menjual jamu dan pelbagai jenis produk kecantikan jenama terkenal.


Bukan itu sahaja, pada waktu tengah hari pula, beliau akan mengetuk pintu pejabat untuk menjual. Walaupun ada kalanya terasa segan kerana pelanggannya tidak mahu mendengar penjelasan yang diberikan, ianya menjadi titik permulaan untuk beliau terus serius dalam berniaga. Baginya, malu itu perkara kedua. Prinsipnya mudah, 'bukan kerana modal kita berjaya, tetapi usaha dan kesungguhan paling penting'. Selepas berhempas pulas berniaga dari rumah ke rumah, bermodalkan wang simpanan yang dikumpul, beliau mula menyewa sebuah kiosk di pusat beli-belah di Subang Jaya, Selangor. sumberwikipedia


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia