Biodata Bung Moktar Radin

Biodata Bung Moktar Radin

Biodata Bung Moktar Radin


Sepintas lalu,

Datuk Seri Panglima Bung Moktar berasal daripada Daerah Kinabatangan dan berketurunan Orang Sungai. Datuk Seri lahir dalam keluarga politik apabila datuk nenek serta ibu bapanya adalah penyokong kuat USNO sejak ia ditubuhkan oleh Allahyarham Tun Datu Mustapa pada awal 1960-an. Ibu bapa beliau ialah Rashidah Jikrun dan Radin Yatim. Isteri Datuk ialah Datin Nor Asidah Alimudin dan artis Zizie Ezette.

Terkini, Datuk merupakan seorang ahli politik Malaysia yang kini menyandang jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kerja Raya Sabah sejak 29 September 2020


Maklumat Diri

Nama penuh:

  • En. Bung Moktar Bin Radin

Nama ada gelaran:

  • Datuk Seri Panglima Bung Moktar Bin Radin

Tarikh lahir:

  • 15 September 1958

Umur Pada Tahun 2022:

  • 64 Tahun

Asal kelahiran:

  • Kampung Bilit, Sukau, Kinabatangan, Daerah Kinabatangan, Sabah


Nama Pasangan Hidup:

1. Datin. Nor Asidah Alimudin 

2. Puan. Zizie Ezette.


Nama bapa:

  • En. Radin Bin Yatim

Nama ibu:

  • Puan. Rashidah Jikrun



Tingkat Pendidikan

Pendidikan peringkat rendah

  • Sekolah Menengah Kebangsaan Sandakan
  • Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Bilit, Kinabatangan


Pendidikan peringkat tinggi

  • Ijazah Sarjana Falsafah (Analisis Polisi dan Keselamatan), Universiti Kebangsaan Malaysia


wikipedia

Biodata Bung Moktar Radin



Kerjaya / Pekerjaan

Sebelum menjadi Ahli Parlimen, beliau pernah berkhidmat dengan Jabatan Hal-Ehwal Khas Sandakan (1987-1991), Pegawai Luar Bandar MARA Sandakan (1991-1992) dan Setiausaha Politik (1994-1999).

Berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kinabatangan sejak November 1999 dan menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN) untuk Lamag sejak September 2020. 

Datuk merupakan Anggota UMNO iaitu parti komponen gabungan BN. Pada peringkat parti, beliau ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Sabah dan Ahli Majli Kerja Tertinggi UMNO (dipilih). 

Kini, Datuk ialah Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kerja Raya Sabah setelah Gabungan yang Rasmi, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) [Gabungan diantara BN,PN dan PBS] memenangi Pilihan Raya Negeri Sabah 2020 yang lalu.


Anugerah Dikecapi

  • Negeri Pahang:

MY-PAH Order of Sultan Ahmad Shah of Pahang - Grand Knight - SSAP.svg Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P.) - Dato' Sri (2016)[17]

  • Negeri Sabah:

MY-SAB Order of Kinabalu - ASDK-ADK-BSK-BK.svg Pingat Ahli Darjah Kinabalu (ADK)

MY-SAB Order of Kinabalu - ASDK-ADK-BSK-BK.svg Pingat Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK)

MY-SAB Order of Kinabalu - PGDK.svg Darjah Kebesaran Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) - Datuk (2001)

MY-SAB Order of Kinabalu - SPDK.svg Darjah Kebesaran Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) – Datuk Seri Panglima (2021) sumber: wikipedia


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan