Biodata Datuk Sri Mohd Shafie Apdal

Biodata Datuk Sri Mohd Shafie Apdal

Biodata Datuk Sri Mohd Shafie Apdal

Datuk Sri Panglima Mohd Shafie Apdal merupakan rakyat Negeri Sabah yang bermastautin dari Daerah Semporna. Datuk yang memiliki ciri - ciri pemimpin berpandangan luas dan mesra pada masyarakat serta berkebolehan terhadap memutuskan sesuatu perkara, membuatkan dirinya digeruni dan mudah di santuni oleh orang ramai.

Dalam pada itu, ketegasan Datuk Sri Shafie dalam sesuatu perkara yang rasional adalah tinggi, sehinggakan pengikut - pengikut yang lain merasa gembira dan yakin dengan kepimpinannya. Walaupunn bersusuk badan kecil, namun keupayaan dan kewibawaan Datuk adalah tinggi dan digeruni.

Di samping itu juga, Yang Berhormat Datuk memiliki integriti yang tinggi dengan pendirian padu dalam melaksanakan tugas yang di amanahkan. Datuk juga bersikap tegas dan berani mengusulkan sesuatu perkara yang betul bukan sahaja di khalayak ramai, malahan di dewan rakyat demi kepentingan rakyat negeri yang di cintainya iaitu Borneo Sabah.


Datuk juga berupaya membentuk komponen parti baharu iaitu Warisan yang mana mampu menyatukan semua rakyat Sabah tanpa membezakan kaum dan agama. Perpaduan parti ini adalah sangat baik dan di sahut penuh murni oleh masyarakat, khususnya rakyat negeri Sabah.


sumber wikipedia

Biodata Datuk Sri Mohd Shafie Apdal



Dalam Tulisan Jawi: محمد شافعي بن اڤدل‎), S.P.D.K., S.P.M.P., P.G.D.K., D.S.A.P., D.M.S.M., J.P. ialah mantan Ketua Menteri Sabah ke-15 pada 12 Mei 2018 hingga 25 September 2020. Beliau juga pernah menjawat Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia pada tahun 2009-2015.[3] Beliau merupakan Mantan Naib Presiden UMNO dan juga pengasas serta Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN).


Maklumat diri

Nama penuh: 

  • En. Mohd Shafie Bin Apdal

Nama dengan gelaran:

  • Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal 

Tarikh lahir:

  • 20 Oktober 1956

Asal:

  • Daerah Semporna, Sabah

Pasangan hidup:

  • Datin Seri Panglima Shuryani binti Datuk Shuaib

Keturunan:

  • Bajau Dari Etnik Kubang Daerah Semporna.


Tingkat pendidikan

  • Pendidikan rendah

Mendapat pelajaran menengah di Victoria Institution,Kuala Lumpur. 

  • Pendidikan tinggi

Diploma dalam Pengurusan dan dalam Perkapalan dari Kolej Perniagaan London,

Ijazah Sarjana Muda dalam Ekonomi dengan Kepujian daripada Politeknik Staffordshire Utara (sejak 1992, Universiti Staffordshire) di England.


Kerjaya perkhidmatan awam

Setelah menghabiskan kursusnya di England, Mohd Shafie kembali ke Malaysia dan memulakan kerjayanya dalam perkhidmatan awam sebagai Pegawai Ahli Ekonomi dalam Kementerian Kewangan Negeri Sabah pada tahun 1982. Pada tahun 1984, beliau berpindah ke Jabatan Ketua Menteri Negeri Sabah untuk memegang jawatan Pegawai Pentadbir Kanan. Beliau kemudian berpindah ke Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Luar Bandar Sabah pada tahun 1987 untuk menyandang jawatan Penolong Setiausaha Kanan, Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Luar Bandar Sabah, dan dari tahun 1991 hingga 1993, merupakan Setiausaha Politik kepada Tan Sri Datuk Hj. Sakaran bin Dandai, Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi.


Jawatan pernah di sandang sepanjang dalam arena politik

  1. Naib presiden umno
  2. Menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna
  3. Menteri perpaduan, kebudayaan, kesenian dan warisan
  4. Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah
  5. Ketua menteri sabah


Anugerah dikecapi

  • Negeri Melaka :

MY-MAL Exalted Order of Malacca.svg Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) - Datuk (2002)

  • Negeri Pahang :

MY-PAH Order of the Crown of Pahang - Knight Companion - DIMP.svg Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) - Dato' (2010)

  • Negeri Perlis :

MY-PERL Order of the Crown of Perlis - Knight Grand Commander - SPMP.svg Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP) - Dato' Seri (2008)

  • Negeri Sabah :

MY-SAB Order of Kinabalu - PGDK.svg Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) - Datuk (1994)

MY-SAB Order of Kinabalu - SPDK.svg Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) - Datuk Seri Panglima (2011)

  • Negeri Sarawak :

MY-SAR Order of the Star of Sarawak - 2 ribbon PNBS -JBS-PBS-ABS-BBS.svg Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) - Dato Sri (2014)


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia