Biodata Hajiji Noor, Yb
Sepintas lalu
En. Hajiji Noor merupakan salah seorang rakyat Negeri Sabah yang berasal dari Daerah Tuaran. Asal usul keluarga petani, beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Juliah Salag dan dikurniakan empat (4) orang anak antaranya Mohd. Reza, Mohd. Khairil Anuar, Nur Diyana dan Mohd. Ghazali.
Maklumat Diri
Nama Penuh:
- En. Hajiji Bin Noor
Nama Ada Gelaran Atau Pangkat:
- Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor
Tarikh Lahir:
- 10 Mei 1955
Bangsa:
- Bajau Sama
Asal :
- Kampung Serusup, Daerah Tuaran Sabah
Nama Pasangan Hidup:
- Puan. Juliah Binti Salag
Nama Bapa:
- Haji Mohd Noor Harun
Nama Ibu:
- Hajah Teruyah Omar
Jawatan:
- Ketua Menteri Sabah
Tingkat Pendidikan:
- Peringkat Sekolah
Mendapat pendidikan awal di SRK Serusup dari 1961-1966 dan menyambung persekolahan peringkat menengah di Sekolah Menengah Tuaran dari 1967-1971 dan mendapat agregat 15 di dalam peperiksaan Lower Certificate of Education (LCE).
Selepas itu beliau meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah St. John, Tuaran dari 1972 hingga 1973. Beliau juga telah lulus Malaysia Certificate of Education (MCE) dan mendapat keputusan antara yang terbaik untuk daerah Tuaran.
- Peringkat Pengajian Tinggi
Peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Ekonomi Masyarakat di Southern New Hampshire University, Amerika Syarikat.
Kerjaya / Pekerjaan:
- Pertamanya
(Era 1970)
juruhebah Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sabah pada 1976 selama satu tahun.
Penolong Pegawai Pembangunan di Pejabat Daerah Tuaran dan berkhidmat dari 1977 hingga 1982.
(Era: 1980)
Penguasa Kastam Sabah dari tahun 1986 hingga 1990.
(Era 1990)
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah untuk kawasan Sulaman sejak 22 Oktober 1990 hingga kini. Beliau juga merupakan Pengerusi Perikatan Nasional Sabah. Pernah dilantik sebagai Menteri Pembangunan dan Infrastruktur Sabah serta mantan Timbalan Ketua Menteri Sabah dari Mei 2018 hingga 12 Mei 2018
Terkini
Ketua Menteri Sabah ke-16 yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah untuk kawasan Sulaman sejak 22 Oktober 1990 hingga kini.
Biodata Hajiji Noor, Yb Nama Dengan Gelaran |
Pengalaman Dalam Arena Politik.
1992, Datuk dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Abdul Ghafar Baba (kemudiannya Tun) sehingga 1993.
1994, dilantik sebagai Pembantu Menteri Kerajaan Negeri Sabah di bawah portfolio Belia dan Sukan.
Ketua UMNO Bahagian Tuaran dari tahun 1994 hingga 2018.
Dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat), dari tahun 1991 hingga 1994.
Pembantu Menteri Kerajaan Negeri Sabah di bawah Pembangunan Perindustrian dari tahun 1994 hingga 1996 dan tahun 1999 hingga 2001.
Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah dari tahun 1996 hingga 1999.
Pembantu Menteri Kewangan Malaysia dari tahun 2001 hingga 2004.
Bendahari UMNO Sabah dari tahun 2001 hingga 2018.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dari tahun 2004 hingga 2018.
Timbalan Ketua Menteri Sabah dari 11 Mei 2018 hingga 12 Mei 2018.
Menjadi Ahli Bebas (Secara rasmi keluar dari Parti UMNO-Sabah)
Menyertai Gabungan Bersatu Sabah (GBS) sebagai Ahli Bebas Pro-GBS pada pertengahan Tahun 2018.
Dilantik sebagai Ketua BERSATU Sabah (2019) dan Dilantik sebagai Ketua Perhubungan Perikatan Nasional (PN) - Sabah (2020, 2021 - rasmi).
Dilantik sebagai Ketua Menteri ke-16 Negeri Sabah pada 28 September 2020.
Dilantik sebagai Pengerusi Gabungan Parti - Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada 9 Januari 2021 dan telah menandatangani Memorandum persefahaman "MoU" GRS.
Mengumumkan "Hala Tuju Sabah Maju Jaya" sebagai projek pembangunan dan kemajuan Sabah selama 5 tahun (2021 - 2025). Sumber: wikipedia
0 Comments