Biodata Ustaz Azhar Idrus, Pendakwah

Biodata Ustaz Azhar Idrus, Pendakwah

Biodata Ustaz Azhar Idrus, Pendakwah

Ustaz Azhar Idrus merupakan salah seorang pendakwah bebas. Beliau sentiasa memberikan ceramah - ceramah agama di Masjid dan Surau serta di media sosial seperti facebook dan instagram.






Ceramahnya amat bersahaja dan adakanya diselit dengan jawapan lucu tetapi tepat, padat dan mengena serta pekat dengan slanga Terengganu.

Penampilannya yang bersahaja dengan pakaian jubah dan kopiah, sangat indah dipandang apabila menyampaikan ceramah kepada umum.


Maklumat diri

Nama:

  • En.Azhar Bin Idrus

Nama ada gelaras:

  • Ustaz Azhar Bin Idrus

Nama panggilan singkat:

  • UAI

Tarikh lahir: 

  • 12 Februari 1964, 28 Ramadhan 1383H Kampung Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia

Umur pada tahun 2022:

  • 58 Tahun

Negeri asal/ kelahiran:

  • Kampung Ladang, Kuala Terenganu


Tingkat pendidikan

pendidikan awal di Sekolah Rendah Hj Mohd Sharif, Alor Star, Kedah. Selepas tamat pengajian di peringkat rendah.

Sekolah Menengah Kebangsaan Darulaman, Alor Star, Kedah sampai ke tingkatan 2. Apabila beliau memasuki ke tingkatan 3, beliau berpindah ke negeri kelahirannya di sekolah Inggeris, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu sampai tamat pengajian tingkatan 6.



Beliau telah mendapat pendidikan agama secara talaqqi dengan beberapa orang guru agama di sekitar Kuala Terengganu. Antaranya ialah:

  • Tuan Guru pertama: 

Tuan Guru Haji Syed Mokhtar - Tamat lebih kurang 40 buah kitab-kitab jawi secara talaqi

  • Tuan Guru kedua: 

Tuan Guru Mohd Tahir - Khatam kitab jawi juga lebih kurang 25 buah

  • Tuan Guru ketiga: 

Tuan Guru Mohd Hakim - Mula mendalami kitab-kitab bahasa arab seperti Nahu, Sorof, Usul Fiqh, Mustolah Hadith, Usul Quran dan Balaghoh

  • Tuan Guru keempat: 

Tuan Guru Haji Hasyim - Mendalami kitab-kitab arab dalam bab Nahu, Sorof, Fiqah, Tafsir dan Faraidh

  • Tuan Guru kelima:  

Tuan Guru Haji Ibrahim Mesir - Mendalami kitab Sirah Nabawi dan Lughah Arabiyah

  • Tuan Guru keenam: 

Tuan Guru Haji Muhammad Zubir - Mendalami ilmu fiqh & nahu

  • Tuan Guru ketujuh: 

Tuan Guru Haji Mohd Zain (Pondok Lubuk Pandan) - Mengaji ilmu Fiqh, Nahwu, Sorof, Tafsir, & Balahgoh



Kerjaya / Pekerjaan

  • Terdahulu,

Pemain gitar sekadar suka - suka dengen menyertai salah satu kumpulan di Kuala Terengganu

Juru gambar, dengan menangkap gambar - gambar sekitar Kuala Terengganu

Aktiviti bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an

Kakitangan Utusan Malaysia di Kuala Terengganu

Kerja kilang, tukang canting batik


  • Terkini

Terkini, sebagai seorang penceramah dan pendakwah bebas


Hidayah menyelami ilmu agama

Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang bekas ketua kumpulan “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali, kawannya ini telah berubah dengan perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkah lakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar agama di Patani selama "kehilangannya". Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi seperti rakannya juga, maka Ustaz Azhar pun mula mendalami ilmu agama. sumber: wikipedia


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia