Bubur lambuk merupakan salah satu hidangan ramadan yang dihidangkan bila tibanya bulan ramadan. Ia selalu di sajikan di Masjid - masjid swbagai santapan kepada para jemaah dan juga mereka yang berbuka puasa di Masjid.
Menu ini dengan rasanya yang sedap dan menyelerakan, menjadi kegemaran semua lapisan, baik kepada kanak - kanak, remaja mahupun dewasa. Ramuan yang digunakan adalah terdiri daripada herba - herba asli dan sangat baik untuk kesihatan anggota badan.
Selain daripada ramuan herba, bubur lambuk lazimnya dicampurkan dengan daging yang segar bagi menghangatkan lagi citarasanya. Dalam masa sama, tempoh memasaknya juga memerlukan beberapa jam agar ramuan sebati dan enak rasanya apabila di makan.
Justeru daripada itu, selain daripada memjadi juadah utama berbuka puasa di Masjid, bubur lambuk juga menjadi pilihan untuk diedarkan kepada orang awam melalui konsep drive true atau opis ke opis dan rumah ke rumah. Hal ini kerana bubur lambuk mempunyai ketahanan serta tidak mudah basi. Untuk itu, dan akhir kata selamat berbuka puasa dengan hidangan bubur lambuk ramadan.
0 Comments