Cara Berjaya Dalam Hidup

Cara Berjaya Dalam Hidup

Kejayaan adalah satu impian setiap insan yang bernama manusia dimuka bumi ini. Berjaya adalah menjurus kepada kejayaan dikecapi dalam bentuk harta benda, ketenangan rohani dan jasmani, ilmu pengetahuan dan sebagainya.

Kejayaan pastinya tidak datang bergolek tanpa sebarang usaha. Dalam erti kata lainnya perlu ada usaha, doa dan tawakkal. Tiga urutan berkenaan perlu dilakukan seiring agar hasil yang diperolehi memberi kepuasan atau sebaliknya. Namun haruslah diingat, apa sahaja rezeki adalah pemberian Allah SWT, ini kerana ia adalah yang terbaik dari segala pemberian.



Cara Berjaya Dalam Hidup




Justeru daripada itu, dikongsikan bersama adalah beberapa cara untuk berjaya dal hidup, yang mungkin boleh di aplikasikan antaraya;

  • Perancangan yang mampan
Walaupuan qada dan qadar telah ditetapkan oleh Allah SWT, namun tidak menjadi kesalahan untuk merancang sesuatu perkara yang membawa kebaikan. Dalam erti kata lainnya, seperti yang telah disebut, aku tidak akan memgubah sesuatu kaum, melainkan mereka mengubanya sendiri. Oleh yang demikian jelas bahawa, perancangan yang baik pasti akan mendapat balasan baik.


  • Berani kerana kebaikan
Sifat berani adalah sangat penting kerana untuk berjaya perlulah tidak gentar terhadap apa juga risiko yang dihadapi baik positif atau negatif. Keberanian kepada perkara yang membawa kebaikan pastinya menghangatkan lagi keinginan untuk berjaya. Dalam erti kata lainnya sifat berani mencuba harus ada dalam diri. Ia bukan sahaja membantu menaikan semangat, malahan membawa kepada keyakinan diri untuk berjaya.


  • Mencontohi mereka yang berjaya
Keinginan untuk berjaya dalam hidup perlunada sifat cemburu yang baik. Cemburu membawa makaud mengambil dan mencontohi seseorang yang berjaya dan berusaha mengikut jejak langkahnya. Menjadikannya idola semata - mata sumber kepada kejayaan. Disini antara idola yang paling terbaik adalah Rasulullah SAW. Oleh yang demikian, dengan mencontohinya sedikit sebanyak membantu kepada diri untuk yakin dan terus yakin bahawa reseki pemberian Allah SWT itu ada, dan perlulah berusaha.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia