Cuckoo merupakan salah satu mesin penapis air yang digunakan pada masa kini di rumah - rumah, restoran dan juga tempat yang memerlukan.
Dalam erti kata lain, cuckoo adalah mesin yang di sambungkan atau dihubungkan paipnya (yang terletak dibahagian belakang) ke kepala paip air dan juga menghidupkannya menggunakan bekalan elektrik, air yang mengalir secara tidak langsung akan di tapis bersih terlebih dahulu sebelum diminum. Picu yang tersedia hanya diputar atau menekannya apabila ingin mendapatkan air bersih dari cuckoo.
Ia sangat diperlukan kerana air yang diminum seharian akan ditapis terlebih dahulu dengan lebih bersih sebelum diminum. Air yang ditapis pastinya bersih dan baik untuk kesihatan dalaman anggota badan.
Mesin cuckoo mempunyai pelbagai saiz, ia boleh menghasilkan tiga jenis air, iaitu air panas, air sejuk dan air suam. Ia bagi memenuhi citarasa para masyarakat. Dalam masa sama, picu pada mesin haruslah dipusing atau ditekan terlebih dahulu bagi menghasilkan jenis ait yang diperlukan atau dikehendaki.
Selain daripada itu juga, cuckoo merupakan jenama yang tidak asing lagi selain daripada coway, memiliki fungsi yang sama namun berlainan jenama dan juga rupa bentuknya. Apa yang penting pilihan adalah di hati masyarakan atau pengguna masing - masing.
Lanjutan daripada itu, dengan adanya mesin seumpama ini, ia sangat membantu serta menjimatkan masa tenaga khususnya apabila menyediakan hidangan minuman panas atau sejuk, buat hidangan sekeluarga di rumah. Ia juga membantu kepada penjimatan bahan bakar iaitu dapur gas, kerana tidak perlu lagi memanaskan air secara manual.
0 Comments