Doa - doa pilihan di hujung ramadan dalam bahasa arab latin untuk perkongsian bersama, yang boleh di baca.
Semoga para sahabat yang sentiasa berdoa khususnya dibulan ramadan akan mendapat keberkatan dari Allah SWT. Amminn ya rabbal aalaminn..
Bismillahirrohmannirrohim
Doa pilihan pertama.
Ya Allah ya tuhan ku, aku bermohon kepadamu dihujung ramadan yang mulia ini, engkau berkatilah permintaanku ini. Ya Allah permudahkanlah urusanku, rezeki, kurniakanlah aku kesihatan rohani jasmani yang baik, agar aku sentiasa dan mampu beribadah kepadamu. Aaminn
Doa pilihan kedua.
Ya Allah, aku bermohon kepadamu, sihatkanlah tubuh badanku, roh nyawaku. Kurniakanlah aku kudrat yang baik, agar aku dapat melaksanakan ibadah - ibadah serta amalan kebaikan lepadamu. Aaminn
Doa pilihan ketiga.
Ya Allah, ya Rahman, sesungguhnya dihujung ramadan ini ampunilah segala dosa - dosaku, dosa - dosa ibu bapa ku, dosa - dosa adik beradiku, dosa - dosa keluargaku, dosa - dosa sabahabatku. Tempatkanlah kami dikalangan orang - orang yang baik dan beriman. Jauhilah kami dari perkaran - perkara kemungkaran. Aaminn
Doa pilihan keempat.
Ya Allah, aku bermohon kepadamu, temujanlah aku, keluargaku, adik - beradiku, sahabat - sabahatku di ramadan yang akan datang dan seterusnya dalam keadaan kesihatan yang baik dan gembira. Berilah kami ikatan silaturrahim yang baik sentiasa, dan jauhlah dari segala sifat - sifat tercela iaitu keji yang merosakkan akidah. Aaminn
Doa pilihan kelima.
Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim, aku bermohon kepadamu, jauhilah dan hindarilah kami dari segala bala bencana, wabak penyakit yang berbahaya. Damaikanlah kami dalam kehidupan persekitaran yang sihat dan gembira. Aaminn
Doa pilihan keenam.
Ya Allah, hanyalah kepadamu aku bermohon, perkenankanlah doaku ini. Terangilah hati kami dengan kalimah - kalimah al - quran dan lapangkanlah dada kami dengan mengerjakan amalan - amalan kebaikan, iaitu mendirikan silat, berpuasa, menunaikan zakat, berinfak ke jalan yang benar dan engkau redahi. Aaminn
0 Comments