Doa, lazimnya adalah satu permintaan yang dipinta dengan cara perbuatan iaitu menada tangan kepada Allah SWT. Doa ada pelbagai dan bergantung pada diri sendiri akan jenis doa yabg dihajatkan. Ia boleh dilakukan setelah selesai menunaikan solat atau pada bila - bila sahaja.
Berikut adalah bacaan doa munajab, agar sentiasa selamat daripada bala bencana, musibah dan lain - lain lagi, samaada di dunia dan akhirat.
Doa Selamat Dunia Akhirat |
Petua khusyuk dalam berdoa.
- Petua pertama
Semasa berdoa, yakinkan diri bahawa ketika itu sedang merasakan bahawa dirinya tengah berdiri di hadapan Raja dari seluruh Raja Yang Maha Mengetahui segala yang tersimpan dan tersembunyi
- Petua kedua
Mentadabburi atau erti kata lain menghayati bacaan doa kerana hal itu dapat menyempurnakan kekhusuykkan
- Petua ketiga
Mengosongkan fikiran dan hatinya dari segala kesibukkan selain daripada berdoa kerana hal itu dapat membantunya khusyuk dalam membuat permitaan.
- Petua keempat
Khusyuk bukan bererti tidak mendengar dan tidak melihat apa-apa, namun apabila memohon doa maka jangan menolehkan mata mahupun hati itu akan membantunya fokus.
- Petua kelima
Menghadirkan didalam dirinya hanya solat dan doa serta membuang segala yang tidak berkaitan yang menganggu fikiran.
0 Comments