Lazimnya, setiap tibanya 17 Ramadan semua umat Islam di seluruh dunia pasti akan mengenangkan satu peristiwa yang amat penting dalam sirah Islam iaitu bermulanya penurunan kitab suci Al - Quran ke atas Rasulullah SAW melalui perantaraan malaikat Jibril.
Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Peristiwa Nuzul Al - Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, ketika baginda Nabi Muhammad SAW sedang beribadat di Gua Hira.
Erti Nuzul Al - Quran |
Dalam erti kata lain, peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan satu peristiwa turunnya ayat Al - Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya secara berperingkat - peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab Al - Quran yang ada dan digunakan pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW, ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, situasi berkenaan adalah bersamaan dengan tanggal 06 Ogos 610M. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW, maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat Al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq. wikipedia
Ayatnya adalah;
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ (١) خَلَقَ الإنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ (٢) اقْرَأْ وَرَبُّكَ الأكْرَمُ (٣) الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ (٤) عَلَّمَ الإنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ (٥)
Terjemahannya:
1. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan,
2. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
3. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia.
4. Yang mengajar (manusia) dengan pena.
5. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
0 Comments