Hari Jumaat Hari Penuh Berkat

Hari Jumaat Hari Penuh Berkat

Hari jumaat adalah salah satu hari yang penuh dengan keberkatan kebaikan. Hari tersebut juga dinamakan penghulu segala hari, berbanding hari - hari yang lain.

Hari jumaat juga ummat muslimin khususnya akan menunaikan solat jumaat sebanyak dua rakaat secara berjemaah di Masjid, solat jumaat adalah penganti kepada solat fardhu zohor. Dalam pada itu, mereka terlebih dahulu akan mendengar ucapan khutbah yang disampaikan oleh khatib.

Hari jumaat adalah hari yang mulia dan penuh berkat. Amalan - amalan yang dilakukan pada hari berkenaan akan mendapat ganjaran berlipat kali ganda.



Hari Jumaat Hari Penuh Berkat



Lakukan ini pada hari jumaat, insha Allah memdapat ganjaran pahala kebaikan, aaminn:
  • Menunaikan solat jumaat secara berjemaah di Masjid
  • Memakai pakaian bersih dan wangi - wangian
  • Datang awal ke Masjid dengan niat iktikaf dan membaca kitab suci al - quran
  • Memotong bulu - bulu pada badan dan kuku
  • Bersedekah kepada yang memerlukan mengikut kemampuan



Daripada Abi Lubabah bin Abd al-Munzir, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ يَوْمَ الْجُمُعَةِ سَيِّدُ الْأَيَّامِ، وَأَعْظَمُهَا عِنْدَ اللَّهِ، وَهُوَ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ يَوْمِ الْأَضْحَى وَيَوْمِ الْفِطْرِ، فِيهِ خَمْسُ خِلَالٍ، خَلَقَ اللَّهُ فِيهِ آدَمَ، وَأَهْبَطَ اللَّهُ فِيهِ آدَمَ إِلَى الْأَرْضِ، وَفِيهِ تَوَفَّى اللَّهُ آدَمَ، وَفِيهِ سَاعَةٌ لَا يَسْأَلُ اللَّهَ فِيهَا الْعَبْدُ شَيْئًا إِلَّا أَعْطَاهُ، مَا لَمْ يَسْأَلْ حَرَامًا، وَفِيهِ تَقُومُ السَّاعَةُ، مَا مِنْ مَلَكٍ مُقَرَّبٍ، وَلَا سَمَاءٍ، وَلَا أَرْضٍ، وَلَا رِيَاحٍ، وَلَا جِبَالٍ، وَلَا بَحْرٍ، إِلَّا وَهُنَّ يُشْفِقْنَ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ


Maksudnya

“Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu kepada segala hari dan seagung-agung hari di sisi Allah yang mana keagungannya itu di sisi Allah lebih agung berbanding hari raya Aidiladha dan juga Aidilfitri. Ini kerana, pada hari tersebut terdapat lima perkara besar iaitu: Padanya diciptakan, diturunkan ke bumi dan diwafatkan Nabi Adam. Padanya juga terdapat satu masa apabila seseorang itu meminta sesuatu kepada Allah pasti akan diberikan kepadanya selagimana dia tidak meminta sesuatu yang haram. Padanya juga akan berlakunya Kiamat dan pada hari itu juga (hari Jumaat) tidak ada malaikat yang dekat dengan Allah, di langit, bumi, angin, gunung dan laut melainkan takut dengan keagungan hari Jumaat.” [Riwayat Ibn Majah (1084)][Riwayat Ahmad (15548)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai sanad hadith ini adalah dhaif disebabkan Abdullah bin Muhammad bin Uqail atau Ibn Abi Thalib al-Qurasyi. Ibn Hajar mengatakan beliau seorang buruk hafalannya tetapi riwayatnya boleh dijadikan sokongan. Adapun perawi yang lain adalah thiqah] muftiwp


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan