Hukum Solat Hari Raya yang perlu tahu, iaitu:
Mazhab Syafi’e dan Maliki menghukum solat sunat hari raya sebagai sunat muakkad.
Sunat muakkad bermaksud sunat yang sangat dituntut. Ini kerana Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkannya semenjak ia disyariatkan sehinggalah Baginda wafat.
Hukum Solat Hari Raya |
Ibn Umar r.a meriwayatkan:
Nabi SAW, Abu Bakar dan Umar r.a kesemuanya mendirikan solat dua hari raya sebelum khutbah.
(Riwayat Muslim dalam Sahih Muslim, Kitab Solat Dua Hari Raya)
Perlaksanaan solat ini digalakkan secara berjemaah sebagaimana yang diriwayatkan dalam hadis Said al-Khudri.
Tetapi, ia tetap sah jika dilakukan secara bersendirian.
Sumber: akuislam
Solat hari raya meliputi dua, iaitu
- Solat sunnat hari raya aidilfitri
- Solat sunnat hari raya aidiladha
0 Comments