Jenis - Jenis Dadah

Jenis - Jenis Dadah

Dadah adalah sejenis bahan yang memabukkan, membahayakan kesihatan dan boleh membawa kepada kematian. Bahan terlarang ini sangat merbahaya dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan tindakan undang - undang. 

Menurut wikipedia, dadah adalah bahan yang menyebabkan perubahan dalam fisiologi atau psikologi organisma semasa diambil. Dadah biasanya dibezakan dari makanan dan bahan yang memberikan sokongan nutrisi. Penggunaan dadah boleh melalui penyedutan, suntikan, merokok, pengingesan, penyerapan melalui tampalan pada kulit, supositori, atau melarutkannya di bawah lidah.

gambar sekadar hiasan

Jenis - Jenis Dadah





Berikut adalah beberapa jenis - jenis dadah yang perlu diketahui untuk peningkatan ilmu pengetahuan serta terhindar daripadanya, antaranya;

  • Kokain
Kokain adalah sejenis dadah yang berasal dari daun koka. Dadah ini diproses menjadi serbuk putih. Untuk pengetahuan, daun koka yang digunakan untuk membuat kokain berasal dari negara Peru, Colombia, Amerika Syarikat dan Bolivia.


  • Marijuana/ Ganja
Marijuana atau dikenali dengan nama lain iaitu ganja. Kompaolun psikoaktif utama dalam ganja adalah tetrahydrocannabinol. 


  • Morfin
Morfin adalah sejenis dadah alkaloid, ia diperolehi selepas prosesnya daripada candu mentah. Dalam pasaran gelap, ia selalu dikenali sebagai bes morfin, pil morfin dan morfin mentah.


  • Methamphetamine
Dadah jenis methamphetamine merupakan sejenis dadah yang tergolong dalam dadah stimulan. Bentuk dadah ini seperti kaca yang pecah - pecah.

sumber: bidadari


Jenis - Jenis Dadah

Lanjutan daripada itu, lakukan tindakan yang bijak. Marilah kita bersama - sama berganding bahu dan berpesan - pesan ke arah kebaikan, seperti membenci dadah. Gembirakan kehidupan diri dan keluarga selalu daripada jenayah dadah. Lazimnya, ia bukan sahaja perkara sia - sia, malahan membahayakan kesihatan anggota badan.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian