Juadah Buka Puasa Menyelerakan

Juadah Buka Puasa Menyelerakan

Dibulan ramadan pastinya banyak bazar - bazar ramadan di sana sini. Pelbagai juadah di jual dan sangat menyelerakan, sehinggakan keinginan untuk memilikinya semua.

Oleh yang demikian, berwaspadalah apabila menikmati makanan berbuka puasa agar tidak gelojoh apabila menikmati juadah.



sumber: marinabashah



Kerabu Soo Hoon Ala Thai

Bahan-Bahan / ramuan:
  • Soo Hoon 
  • Udang
  • Cili merah besar 
  • Cili padi
  • Bawang putih 
  • Kacang tanah (sangai, tumbuk) 
  • Daun bawang
  • Daun ketumbar
  • Tomato
  • Jus limau nipis
  • Sos ikan
  • Garam 
  • Gula

Cara-cara membuatnya:

Langkah Pertama
  • Rendam Soo hoon dalam air biasa sehingga lembut. 

Langkah Kedua
  • Tumbuk cili merah besar dan cili padi.  Masukkan cili padi tumbuk, perah limau nipis, sos ikan. Gaul sehingga sebati.  

Langkah ketiga
  • Celur udang dan gaul bersama sedikit garam. Masukkan tomato, daun bawang, daun ketumbar dan udang.

Langkah keempat
  • Goreng bawang putih bersama serbuk kunyit. Masukkan bawang putih goreng dengan minyaknya sekali dan kacang tanah. Masukkan garam dan gula.

Langkah kelima
  • Masukkan soo hoon dan gaul sehingga sebati.


Selain daripada itu, juadah kueh mueh seperti kueh lenggang, kueh koce, bahulu, kueh terang bulan, kueh penyaram juga sangat sesuai untuk pencuci mulut.

Selamat menjamu selera dengan juadah pilihan anda yang menyelerakan, di bulan ramadan yang mulia.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia