Basikal adalah sejenis pengangkutan dari satu kawasan ke kawasan lain suatu ketika dahulu. Ia hanya boleh dinaiki oleh satu orang penunggang dengan mengerakanya secara kayuhan atau mengayuhnya. Ia tidak memerlukan bahan api atau enjin, malahan hanya menggunakan tenaga manusia iaitu kaki secara kayuhan.
Basikal terdiri daripada pelbagai reka bentuk dengan ciri - ciri keselamatannya tempat duduk, pedal break dan lainya. Terdapat bayak jenis basikal di pasaran antaranya basikal bmx, basikal kembara, basikal lipat, basikal hybrid, basikal ali baba, basikal tiga roda, basikal lajak dan lain - lain lagi.
Keburukan Basikal Lajak |
Dalam pada itu, seperti gambar di atas adalah antara beberapa rekabentuk basikal lajak. Lazimnya, basikal lajak adalah antara basikal daripada lainya yang diubah suai spesifikasi asalnya kepada satu struktur tanpa andanya ciri - ciri keselamatan seperti menanggalkan cekaman break, mengubahsuai rantai basikal, tempat duduk dan pemegang, agar basikal menjadi ringan dan bergerak secara lajak apabilah di kayuh.
Basikal ini di ubahsuai agar ia bergerak dalam keadaan laju dan penunggangnya akan meniarap di atasnya dengan gaya seperti superman.
Keburukan Basikal Lajak |
Setiap basikal yang dihasilkan pasti ada kelebihan dan keburukannya. Merungkai kepada basikal lajak, berikut adalah antara keburukannya, iaitu;
- Penunggang yang menunggang basikal lajak tidak memakai helmet
- Saiz basikal yang kecil, rendah dan sukar dilihat dengan mata kasar, dan keseimbangan kayuhan tidak stabil
- Basikal yang dikayuh akan bergerak laju, dan tanpa cengkaman break untuk diberhentikan
- Kerusi yang tinggi, dan ditungganh secara meniarap, berisiko untuk rebah apabila terlanggar sesuatu objek
Lanjutan daripada itu, jika dilihat kepada aspek keselamatan dan ciri - ciri struktur sesuatu kenderaan atau apa - apa pun jenis basikal, apabila struktur badanya asalnya diubahsuai kepada sesuatu yang tidak selamat khususnya, pasti akan berbahaya apabila di tunggang. Situasi seumpama ini sama juga seperti dengan kenderaan lain seperti motosikal dan kereta.
0 Comments