Media sosial adalah salah satu platform yang serba moden pada masa kini. Pelbagai aplikasi yang boleh di gunakan untuk mendekatkan diri secara bersemuka walaupun secara maya.
Didikan menerusi media sosial adakalanya berkesan dan sebaliknya, ia adalah bergantung pada kebijaksanaan seseorang untuk menggunakan peralatan yang canggih ini.
Penggunaan aplikasi seperti tiktok adalah satu saluran yang mendapat liputan dunia pada pasa kini. Ia bukan sahaja popular, malahan mudah digunakan dan diketahui oleh anak - anak di abad sekarang.
Mengajar atau mendidik seseorang secara online menggunakan medium sosial seperti tiktok tanpa fokus, sebagai contoh mengajar sambil bertiktok atau merakam dan memuat naik di youtube semata - mata mendapatkan populariti atau peningkatan pengikiut kepada pendapatan perniagaan adalah tidak baik, ini kerana pelajar atau murid yang di ajar tidak mendapat ilmu pengetahuan dengan tepat, dalam masa sama mereka secara tidak langsung akan terikut atau mencontohi apa yang mereka lihat dan pelajari daripada seseorang yang mengajar mereka pada masa itu.
0 Comments