Kelebihan Kayu Belian

Kelebihan Kayu Belian

Kayu belian merupakan sejenis kayu yang diperolehi dari batang pokok belian setelah dibelah secara kepingan kecil. Ia ditanam secara komersial atau tumbuh secara semulajadi. 

Pokok belian juga boleh dirumuskan sebagai sejenis pokok kayu yang sangat keras dengan nama saintifik Eusideroxylon zwageri. Ia merupakan pokok yang lambat tumbuh membesar dan bukan dipterokarpa. Pokok ini mudah ditemui secara alami di kawasan perhutanan Borneo, Flores, Jawa dan Kepulauan Sulu. Dalam pada itu, pokok ini dikenali dengan kayunya yang tahan lasak.

Selain daripada itu, kelebihan kayu belian adalah berbeza dengan kayu - kayu yang lain, kayu ini berketahanan yang lama, jika digunakan untuk membuat rumah, jembatan dan sebagainya samaada ia digunakan di daratan mahupun di lautan atau air sungai

Kualiti kayunya yang keras dan tahan lasak dan sukar di perolehi menyebabkan kayu belian ini mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran. Kayu belian adalah salah satu alternatif kedua bagi pembinaan selain menggunakan besi dan batu bata.  

Lanjutan daripada itu juga, mengusahakan tanaman pokok belian, adalah satu langkah bijak kerana membuahkan pendapatan yang lumayan.



Kelebihan Kayu Belian





Berdasarkan wikipedia, kayu belian tahan secara semulajadi disebabkan ciri-ciri anatomi uniknya dan kandungan hasilan yang tinggi. Kayunya mampu tahan dedahan kepada tanah dan keadaan lain tanpa kehilangan kekuatan yang jelas. Beberapa tiang eletrik belian yang diuji di Sarawak menunjukkan hanya pereputan permukaan pada garis tanah selepas 20 tahun. Ujian menggunakan mikroskop elektron menunjukkan kehadiran rongga reput lembut pada dinding serat. Tambahan pada serangan reput lembut pada dinding kedua, pada beberapa tisu reput, bahagian lain dinding serat, termasuk lamela tengah berlignin, turut terurai. Bakteria juga turut banyak terdapat pada sel ini, mencadangkan penguraian tisu kayu pada permukaan mungkin hasil tindakan bersama fungi pereputan lembut dan bakteria pengurai kayu.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian